kite google kat JAKIM.
Soalan :
Asalamualaikum.
Isteri saya bersalin. Dan berpantang di bulan puasa selama 25 hari.
Berapakah fidyah(beras kilo yang kena bayar?
Jawapan :
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, jika puasa Ramadhan yang ditinggalkannya itu adalah puasa Ramadhan tahun lepas, dan sehingga ke hari ini masih belum mengqadha’nya lagi, barulah dia dikenakan fidyah 1 hari 1 cupak beras (675 gram).
Namun, jika puasa Ramadhan yang dimaksudkan adalah puasa Ramadhan yang akan tiba lebih kurang 20 hari lagi dari sekarang, maka dia masih tidak dikenakan fidyah lagi. Hal ini adalah kerana puasa tersebut masih belum dilaluinya lagi.
Ringkasnya, fidyah dikenakan apabila seseorang itu terlewat mengqadha’ puasa ramadhannya sehinggalah bertemu dengan bulan Ramadhan tahun hadapannya lagi, ataupun seorang wanita yang hamil yang risaukan keselamatan kandungannya ataupun bagi ibu yang menyusukan anaknya yang risaukan kerangnya susu untuk diberikan kepada anaknya.
Oleh itu, bagi ibu hamil/menyusukan anak yang tidak
berpuasa kerana risaukan kesihatan dirinya dan tidak
langsung membimbangkan tentang keadaan anaknya adalah
tidak dikenakan fidyah. ibu tersebut hanya wajib
mengqadha’ puasa Ramadhannya sahaja.
Sumber dari : dari sini
Untuk Kalkulator Fidyah online, klik sini.
No comments:
Post a Comment