Susah nak cari baju raya Anas yg ready made... Nk custome made, da xde mase. Sbb byk tmpt nak pegi . Nk beli brg dapur, berbuka umah sedare la...
Tangkap muat jela baju anak anak ibu ni......
Tema tahun 2013, Hijau LAGI... Bahahahahaahahaha
Susah nak cari baju raya Anas yg ready made... Nk custome made, da xde mase. Sbb byk tmpt nak pegi . Nk beli brg dapur, berbuka umah sedare la...
Tangkap muat jela baju anak anak ibu ni......
Tema tahun 2013, Hijau LAGI... Bahahahahaahahaha
Hari ni genap Adam umur 2 tahun...Alhamdulillah..
Tadi die request, nak Lalan... (Jalan le tu).
Dah besar da anak ibu...
Ibu harap anak ibu menjadi anak yg soleh dan disenangi orang ...Ameen..
Ibu mintak maaf x dapat bg Adam susu ibu genap 2 tahun. Setahun sebulan je ibu mampu..atas masalah kesihatan.. sorry sgt ye Adam...
Semalam, mase teman Adik kite beli barang kat Ikea, sempat kite beli bahan bahan nak masak meatball . Memg lame teringin. Kebetulan, kat situ die offer Rm47 untuk sepeket meatball,2 paket gravy dan sebotol jem raspeberi.
Menda paling banyak pikir nak masak cuma gravy je.
1. Tuang air 3 gelas dlm periuk. Didihkan with cream sos. Kalau xde cream sos pon xpe. Gantikan dgn cheese 2 keping.
2. Tuang gravy peket.
3. Kacau dan didihkan sehingga kepekatan yg korg nk.
Pastu, goreng meatball mcm biasa, siap!
Semenjak Adam dah nak masuk umur 2 tahun ni, die makin aktif berbual . Pandai kira 1-10. Bile nampak kawan sebaya dengan die, die akan wave . Kdg2 dgn gegirl, siap flying kiss lagi..Haahhahaha.. U r truly my Son! Hehehehe...
Tapi, bile masuk bab potong rambut, kami as his parents memang fail. Dah x bole potong sendiri. Terpaksa hantar kedai, baru die boleh behave. Minggu lepas encik suami tergunting sikit kulit kepalanya gara gara Adam mengganas. Nasibla Adam x nangis. Keras hati la konon.
Tadi , kami hantar Adam g potong rambut dkt The Curve. Ok la. Rm15 je.
Si tembam sakit mata pulak since semalam. Risaunya Ya Allah. Tetiba teringat orang orang tua punya petua. Titiskan air susu badan ibu.so far, adelah kurang sikit. Sbb Anas mengganas mase nk titiskan susu. Huhuhu.. Badang betul anak ibu ni.... Tengokla lagi sehari. Kalau x elok jugak, nak bawa g klinik.
Tadi pas balik kerja terus keluarkan ikan dari freezer. Plan nk masak ikut resipi yg kawan bg kat instagram.
Main dish hari ini adalah siakap stim tanpa menggunakan method stim. Kita akan guna method LEBUR a.k.a campak-campak.
Bahan-bahan yang perlu dicincang:
1. Halia sebesar ibu jari kaki
2. Bawang putih 7 biji
3. Bawang merah sebiji
4. Lengkuas sebesar ibu jari
5. Cili padi 11 biji
Bahan yang kena ketuk:
Serai 2 batang
Bahan pelengkap rasa:
3 sudu sos tiram
5 biji limau purut yang diperah.
Garam secukup rasa
1 kiub ayam.
Sayur :
Tomato
Daun sup
Carrot
Cauliflower
Cara cara memasak:
Didihkan air.
Masukkan bawang putih, serai, lengkuas, cili padi,halia, carrot,cauliflower.
Rebus dalam 5-7 minit.
Masukkan ikan siakap, tomato,kiub ayam,bawang merah, sos tiram, jus limau purut, daun sup
Biarkan selama 8-10 minit. Try rasa. Then baru masukkan garam secukup rasa.
Biarkan selama 5 minit.
Padamkan api.
Siap!!
Senang kan??
Good night....
Kelmarin kami sekeluarga berkampung di Alor Setar. Kebetulan encik husband ade kerja,jadi kami anak beranak pon ikutla... Makan angin semata mata. Di ulangi, ANGIN. Hahaha...
Malam terakhir kami di Alor Setar, kami pon pergilah jalan jalan cari makan sekitar Alor Setar. Fuhh... Memang macam duduk Pontian rasenya kat situ. Malam sunyi je... So far xnampak pulak mcd 24 hours. Kfc 24 hours ke ... Ronda punya ronda , jumpa satu kedai nasi arab. old Castle di istana anak bukit. Sedap... Standard mcm nasi arab lain. Kami rase sedap sebab 2 hari berturut turut kami mkn nasi bungkus je...huhuhu...
Dari hari ke hari nak try masak aglio olio. Tp bahan asyik x cukup je. Tp Isnin lepas, disebabkan nak habiskan stok makanan kat rumah, buat jugak aglio olio yg x seberapa.
Bahan-bahan yg ada:
Spagetti
Mixed herbs
Dry basil
Olive oil
Garlic-ikut suka hati
Sotong
Mula mula tumis garlic yg dicincang halus . Guna olive oil. (Kite guna banyak olive oil sbb nk nampak spagetti mcm moist gituuu)
Tumis sampai wangi.
Masukkan sotong yang dihiris bulat dalam 30 - 45 saat.
Masukkan spagetti yang dicelur. Taburkan dry basil ikut suka.Gaulkan sebati.
Tabur garam secukup rasa. Gaulkan spagetti hingga korang rase dah sedap untuk dimakan.
Siap!!
*kalau resipi youtube, kena ada lada hitam dan daun parsely. Baru kaw kaw rase die.