Friday, December 27, 2013

Good Bye 2013



2013 Bakal melabuhkan tirainya dalam masa beberapa hari je lagi. Entah kenapa 2013 terasa cepat sangat berlalu. Terasa macam semalam je baru lahirkan Anas Mirza. Terasa macam semalam je teman Adam kat hospital sebab kena brokitis. 2013 adalah tahun baru buat kami sekeluarga. 

Sedikit kronologi tahun 2013:

1. Januari 2013
 - Adam First time masuk Taska
 - Adam warded kat hospital 2 kali dalam bulan Januari.

2. Febuari 2013 
- Anas Mirza "keluar" melihat dunia . Bersalin tanpa Encik husband di sisi
- Tarikh yang sama Anas Mirza lahir, Encik husband sedang sibuk memunggah barang
 pindah rumah.

3. March 2013 - Kite pilih untuk berhenti kerja untuk menjaga Adam and Anas fulltime.

4. April 2013   
- I'm officially a fulltime Housewife! A biggest and bold decision i've ever made in my life!
 - Renovate dapur rumah baru dan kami menumpang di rumah makcik selama 2 bulan.

5. May 2013  
- Kami officially sekeluarga Berpindah ke rumah baru dan bermulalah kehidupan kite sebagai surirumah di tempat baru.
Start fresh.

Itu sahaja lah sedikit sebanyak tentang 2013 kami sekeluarga. Tiada yang gempak. Hanya kehidupan sederhana dan Alhamdulillah we sustain and survive until now. Mula-mula jadi housewife, rasa agak down. Rasa tak puas kerja sebab tak dapat nak membanggakan parents untuk menjadi careerwoman yang sukses lah-Konon. But i have important priority than my parents, which is both my boys! And i never regret quit my job. Sebagai perempuan yang normal, memang agak tercuit sikit hati ni bila kuasa "membeli" dah tak ada. But for my kids sake, i have to get use with new status,environment and lifestyle.Pada kite, biarlah kite berkorban, rather than anak-anak berkorban untuk kite menjadi careerwoman yg berjaya. tolak tepi sekejap angan-angan tu.

One thing yang kite perasan bile kite jadi housewife ni, Anas jarang sangat demam rather than Adam. Kalau dulu mase bekerja, Adam kena bangun pagi-pagi, and not exclusive breasfeed. Maksud kite, tak dapat direct breastfeed. Adam minum susu ibu guna botol kalo kite g kije. Thats y kot Adam mudah demam, batuk , selsema. Until now. It is proven and verified. Alhamdulillah. Berkat sokongan encik husband and mak kite, kite kuat untuk menempuh kehidupan sebagai seorang fulltime housewife. Hati rasa tenang bila anak-anak depan mata. Bila anak-anak orang lain jaga ni, kat tempat kerja mesti risau anak kite akan menyusahkan orang. Tak tenteram. Tak keruan. Balik kerja mesti ade rase bengkak hati sebab kena tempuh jam yang tak masuk akal. Anak menangis tak berenti sebab kereta tak tinted kena cahaya matahari panas. Sedih tau bile ingat-ingat balik zaman bekerja dulu. Kite sorang-sorang tunggang terbalik uruskan Adam pagi-pagi hantar ke babysitter. Dahla working hour fix, bukan flexible hours. 

So now...Alhamdulillah, im happy. I choose to be with my kiddos . Tunggulah sedikit masa lagi. Akan tiba masanya, kite akan kembali bekerja bila kite rasa anak-anak dah ready untuk ke sekolah. Insya Allah. Doakan ye kawan-kawan...

Semoga 2014 akan datang akan lebih barakah, bertambah rezeki dan bahagia.


* Birthday Encik husband - 17 December  2013.

* Anas 10 months old

*Atok and nenek yang tak putus-putus berbelanja untuk cucu-cucu jantan. Haha

*Krismas 

* Gaya macam orang besar.

*Hidung siapa lagi kembang??

* Anas & Adam

*Survey baju kahwin adik di Jengka


*And im a happy mom raising 2 handsome boys in da house!!


Azam 2014 :
1. Nak turun berat 10kg (Ohhhh...This is sooo mission impossible)
2. Nak amik gambar anak-anak banyak-banyak!

No comments: