Monday, November 2, 2015

Adhoc Trip to Fraser's Hill -Penutup Oktober Pembuka November-


Fuh..kejap je dah November...
Lately ni, semangat workout agak ke laut sikit di tambah dengan demam+batuk+pening kepala. Tak pernah rasa macam ni. Demam takdelah panas tadi dedar but the worst is pening sampai rasa nam tumbang. 5 hari jugaklah rasa macam ni...

Nasib lah hari Jumaat lepas dah kurang sikit...
Esoknya, ada perjumpaan ibu-bapa kat sekolah Adam. Alhamdulillah. Adam ok. Cuma yang cikgu dia komen, Adam ni kalau cikgu die bagi instruction dalam bahasa melayu die tak notice. BAgi arahan dalam english baru die paham. Pelik juga. Sebab kat rumah takdelah fully english. Campur kot. Risau sebenarnya sebab Adam tak boleh berkomunikasi dengan kawan die sebab bahasa ni. huuhuhuhu... My bad =(
Cuma cikgu die suggestkan, kalau nak ajar Adam baca buku, dalam satu hari, xboleh campur2 bahasa. Misalnya, Kalau hari Isnin Rabu Jumaat ajar baca buku bahasa melayu, So Selasa, Khamis & Sabtu ajar baca buku bahasa inggeris. Cenggitulah kekdahnyaa...



Sejurus selepas pergi sekolah Adam, cadangnya nak pergi Cold storage mane2 cawangan yang ada. Nak tengok kalau2 ada makanan fresh yang rare yang boleh dibeli dan masak kat rumah. Tapi bile, dah duduk dalam kereta...tengok cuaca TERAMATLAH CANTIK pagi tu... terus rasa nak masuk hutan....haih~ Hati cair beb tengok Cuaca cantik..mesti ingat hutan...


Mulanya, kami tak dapat decide nak ke mana. pening fikir. So, kami decide untuk berhenti sekejap kat RnR Genting Sempah untuk breakfast. Memori betul RnR ni. Kat sini dulu-dulu masa zaman belajar, pernah lepak ngan kawan-kawan sampai subuh kat sini. Kelakar aje teringat zaman belajar. haih~ Rindu3x!

Habis je breakfast, kami ajak pakcik kami jalan-jalan tapi tempat di tuju masih belum decide. Boleh tak gitu ? hahahaha.. Pakcik kite pun layan kan aje. Die kata, tak pelah. Kita berkumpul dulu and then baru decide nak pergi mana.

Bila dah jumpa, masih tak dapat decide nak pergi mana. Adohai~ Pikir punya pikir, last-last decide ke Bukit Tinggi sebab dah dekat dah pun dengan Genting Sempah. 


Sampai je Bukit Tinggi,kite tengok, tak seperti yang di tunjukkan di dalam iklan. tak recommended langsung untuk bercuti kat sini. Bukannya sejuk pun.Entertaiment pun tak ada. Kalau ada pun , kite tengok, ade aktiviti ala-ala aktiviti untuk program motivasi macam flying fox, wall climbing,rumah jepun. Maybe untuk ambil gambar mungkin cantik sebab prop banyak. Tapi untuk bercuti , memang tak best.


Rasanya, dalam 40 minit je kot kami kat Bukit Tinggi tu. Sempatlah belikan anak bubble gun tu. Sebab diorang dah boring sangat tak tau nak buat apa. Masing-masing muka dah boring je. Memang nak keluar dari Bukit Tinggi tu cepat-cepat tapi tak tahu nak menghala ke mana! tak ada arah tuju! Punya lah perah otak nak fikir, last-last pakcik kite decide nak ke Fraser's Hill. Yelah, datang jauh-jauh dari Seri Kembangan, takkan nak balik rumah balik. Buat penat badan je kan. Dengan tak booking hotel, tak bawa susu anak, tak bawak baju spare yang cukup, tak bawak sweater, kami redah je ke Fraser's Hill.


Kami sampai di Fraser's Hill dalam pukul 6:15pm macam tu. Ingatkan nak ambil gambar sunset. Tapi sebab tak dapat hotel lagi, jadi terpaksalah mencari mana-mana hotel yang available. Fuh, nasib ada yang affordable. Tong-tong ngan pakcik. Hotel Shahzan Inn. Satu bilik ada 1 katil queen dan 1 katil single. RM248. Letih betul badan bila dah baring kat katil. Rasanya kami letih bukan sebab penat berjalan. Tapi letih sebab susah sangat nak decide nak mencari arah tuju nak berjalan ke mana. Adohai~~ 




Malam tu , tak keluar jalan-jalan pun sebab hujan. Kami lepak-lepak di lobby hotel sahaja. Tengok sejarah-sejarah Fraser's Hill kat frame yang bergantung-gantung kat lobby. Makan pun, beli kat luar, pastu tapau bawak balik bilik. 
 Jakun sebab ada maybank kat pekan fraser hill ni..hehehehe...



Esok paginya, kami bersarapan kat hotel je. Kupon breakfast cuma ada 3 je. Untuk kanak-kanak, free. Tapi sebab encik husband malas nak keluar makan, kami pun join sekali breakfast kat hotel. Tak mahal pun . Ingatkan sampai RM50-RM80. Rupanya RM11 je. berbaloi sangat! Nasi lemak die sedap! kite tambah 2 kali! makan tak ingat dunia sebab malam semalamnya makan tak puas. Tak kenyang. Nak mintak nasi goreng 3 bungkus, segan lak kat encik husband. Hahaha..




Lepas sarapan, lepak-lepak kat taman  buai. Gembirakan anak-anak dulu sebelum meneruskan aktiviti trekking hutan. Hehehehe..


Kite memang tak sangka Adam excited sangat nak trekking dalam hutan. Laju je die jalan. Cuma bila nampak trek yang mencanak je die akan berenti kejap pastu mengeluh. Tapi mengeluh kejap je. Lepas tu cergas balik. Hahaha.. memang tak sangka. Si Adik memang belum pass lagi lah nak ajak g hutan. Badan die tak stabil lagi nak berjalan dalam hutan. Belum kuat lagi. dalam 50% perjalanan mintak dukung.








Overall, 
trip adhoc ni, memang best. Haha.
Tapi part yang tak best adalah masa suntuk dan tak dapat nak buat budget betul2 sebab ada kemungkinan besar bila adhoc trip macam ni, akan banyak keluar duit dari trip yang well plan. Hehe.

No comments: