Monday, October 4, 2010

Cursing @ Maki

*Free gift from SF.


Teringat ada satu peristiwa seorang sahabat.
berlaku di sekitar Singapura.
Orchard Road, I think.
Masa tu, dorang ( Couple) nak pergi John Little.

----------------------------------------------------------
[ Di Tempat Parking ]

Dorang tengah tunggu sebuah kereta ni keluar dari parking lot.
tunggu di belakang sikit dari kereta tu.
agak-agak dalam jarak yang kereta tu boleh reverse dan terus keluar dari parking.
pasangan suami isteri ini menunggu dengan penuh sabar.
Si Isteri keluar dari keta dan berdiri di depan bahagian parking lot yang bakal kosong.
Suddenly,Muncul sebuah Kereta Volvo mewah yang datang dari arah depan terus meluncur laju ke parking lot yang baru kosong tadi.
Si isteri tadi tercengang + muka bengang.
Si Suami keluar anjak sikit keretanya ke depan dengan mata terjengil keluar.
Lalu Owner kereta Volvo tadi keluar dari keretanya dengan memakai kemeja putih kemas rapi bersama tie dan seluar slack jenama antarabangsa dengan selambanya.

Si suami masih menjengilkan mata,Si isteri berdiri di sebelah kereta (kat bonet kereta volvo) sambil memandang tajam ke arah Owner Volvo tadi.
Owver Volvo tiba-tiba bersuara sebab perasan reaksi muka pasangan suami isteri tadi ketat
"If you want to curse me, go ahead. Thats life. I don't give it a damn."

Lalu , terus berlalu begitu sahaja dengan pantasnya.

Pasangan suami isteri ini mengalah dengan perasaan membara-bara.
Dilihat dari dalam kereta itu, ternampak name tag pada blazer owner Volvo.
Mungkin Dia seorang doktor.


Malam itu,
setelah mereka selesai shopping.
Sekeping duit syilling digarit dari lampu kereta Volvo itu,sampai la bertemu balik dari mula tempat kereta itu di garit.


Si Suami berkata,
"Hurrmmmm..yes Dr.Sunda!@#$, Thats life. I also dun give it a damn " sambil tersenyum puas.
Malam itu,pasangan itu pulang ke Malaysia dengan senang hatinya....


************************************************************

Betulkah, jika geram atau marah, dengan memaki hamun itu dapat melegakan hati????

Zaman sekarang ini, memaki hamun sudah dianggap seperti perbualan biasa.
Paling-paling sopan pun,
"bongok,tongong,bongek,tengkorak ko,hotak ko".
Agak-agak zaman dulu ada tak ek?
Rasanya, kurang.Eh, jarang la senang cerita!
Jikalau benda ni berlaku pada anak-anak zaman sekarang, agak-agaknya...
benda ini semua bermula dari mana???
dari sekolah kah?
atau
Dari didikan ibu bapa?
atau
Dari pergaulan kawan-kawan?

Apa pun,
Setiap perkara yang kita lakukan, pasti ada akibatnya & pasti ada karmanya.
Bersedia ajelah ya!
Sekadar omongan kosong yang mahu di kongsi.


* Lauk yang paling kiter suker...sayur digoreng bersama sesame oil!

Sunday, October 3, 2010

Belanja ikut Keperluan.




Hari ini,
tak jadi nak pegi bengkel.
Kedai tutup.
So, pada mulanya tak tau nak buat aktiviti apa.
Jadinya, pagi itu kami mengemas-ngemas rumah apa yang patut,sambil memikirkan aktiviti apa yang nak buat hari ini.
I come out with watching Magika.
tengok kat iklan macam best.
memang teruja sangat nak tengok.
Siap usha tgv & GCS online lagi.
So,mind setting memang dah nak ke Mines untuk tengok Magika.
Tapi,as usual,
Last minit, kami tukar plan.
Encek suami plan untuk survey & beli printer.
"Katanya, Kita spent duit ikut keperluan & Kemampuan ya..."
Since minggu depan ada Career Fair kat Mid Valley.
So, It would be nice if we had 1 printer for ourselves.
Encek suami kesian kat kiter nanti kena pergi kedai ,
Print itu ini.
Print berColour sahaja RM1.00 sekeping.
Kalau nak pergi career fair,
mau 40 set resume kena stand by.
Plus, minggu depan jugak kegiatan Job Hunting akan giat & aggresive di jalankan ...
So,kami memilih untuk tidak tengok Magika.
Masa yang terluang hanya Beli printer & Ke kedai hardware untuk menokok tambah keperluan di rumah
Sementara belum kaya,
kami beli yang murah-murah dulu.
lepas raya la katekan..haha.
Lagipun, kat mines ada offer Printer Canon ip2770 ,RM138

*Test print out gambar guna glossy photo paper. Photo paper Canon tu harga dalam RM29.90 untuk 100 keping gambar saiz A4. huhuhu..Best3X! excited pulak dapat print out gambar.ehehehe. Boleh lah lepas ni decor rumah... tampal frame banyak2!!

So far puas hati .
boleh print out gambar + A4 paper.
quality pun agak ok.
I think ,we've made a right decision to bought the printer.

Si dia tba-tiba ajak makan kat sini. teringin nak makan roti ni sebab time kat SF,die nak try yang ada bacon. Tapi takut & ragu-ragu tentang keHALALan-nya. Jadinnya, kami mencuba lah makan di Mines . Memang Best!
Macam nak try jer pasni buat kat rumah untuk menu makan malam kami nanti ! ;-)
Sudahnya, sebelum balik, Si Dia soh beli roti Perancis.Ehehehe.untuk stok kat rumah ;->
*His Favourite.
*Kedai kat tingkat paling bawah sekali, dekat dengan tangga yang bentuk "Y".



*Hari ini tidak sempat jogging,huhuh.






*Our dinner today.

Kun Faya Kun


.
Semalam,
penat melampau.
sampaikan berenti jap kat tol kajang,tidur .
terlalu ngantuk.
dua-dua pulak tu.
Macam-macam jadik.
Unexpected Shit happens.
Biasala,
Manusia merancang,Tapi Allah yang menentukan.
Pagi-pagi lagi dah kaluar rumah,
beli barang dapur.
Tengahari baru sampai rumah.
Sampai rumah,
Seiri & Seiton pulak.
Kemas balik barang2 kering & basah dalam Fridge.
Sapu+mop+Lipat baju yang bertimbun.
So far,
semua well planned and ikut flow.
Tiba saat kejadian yang tidak diingini,
Apabila kami menaiki kereta.
Nak mencarik port terbaik untuk adik buat photoshoot (Assignment dia).
Kereta Kami di langgar dari arah belah kiri.
Melanggar bahagian pintu tempat Kiter duduk.
"Can u imagine, suddenly ada hentaman kuat yang tak di duga betul2 kat sebelah kita??"


*Pintu kereta langsung tidak boleh buka. Tensi... Bawak hati-hati macam mana pun, still kena langgar jugak.
Inilah yang di namakan "Kun Faya Kun"

Fobia+Geram+marah+bengang

Sebab???
Buang masa+
Buang duit minyak(sebab ke hulu ke hilir ikut orang yg langgar kereta kami carik bengkel yang termurah).

*Sempat ke bundle time survey bengkel

Dah lah bandar kajang tu jem.
Time nak report kat Balai polis pulak,lama gila.
Maghrib baru selesai report.
Tapi kite sempat teman adik carik port kat area kedai-kedai lama depan balai polis.

*Photoshoot area kajang

*Accident yang berlaku depan mata masa teman adik photoshoot.


Pas maghrib,
kami menuju ker Putrajaya pulak.
Teman adik photoshoot lagi before hantar dia balik UITM.

*Photoshoot di putrajaya



Sebelum balik Rumah,(Kajang),
Kami dinner kat Padang Jawa, shah Alam.
Lapar gila sebab dari tengahari tak makan.
Kami sampai kat kedai makan jer pukul 11 pm.
Maner la tak kebulur...


*Hujan mula lebat di sepanjang perjalanan ke Shah Alam


*4 of us.

*pecal ayam

Pastuh yang paling tak bestnya,
Sepanjang perjalanan pulang ker Kajang,
Kami berdua asyik menguap.
sebab Penat+ngantuk+tak cukup rehat+Eksiden
Siap berenti tido kat Tol kajang lagi .
walaupun time tu dah dekat ngan bandar kajang,
kami tetap berenti untuk tido dalam keta.
mata tersangat lah tidak boleh bukak.



Saturday, October 2, 2010

Day 2 - Sukses

When September end,October pula menyusul.
YES! It's October already!
Can't wait until end of October ;-)
Hoping for new environment approaching.
Btw,
Hari kedua 10,000 steps per day challenge; SUKSES.
Tapi hari ini??? hahahaha.....
entah..
hari ini banyak benda perlu di selesaikan.
Satu hari suntuk akan teman adik kiter photoshoot.
Sampai la ke malam gamaknya..
Takpela..
bak kata Amlya [Kawan se-blog]
Jog 3 kali seminggu dah ok dah.
Ehehehehe...
Semalam photoshoot untuk gambar malam.
Herm..
Tapi gambar tak berapa cantik.
Newbie lah katakan..
Banyak lagi kena belajar.

*Si Dia yang susah betul nak ajak bergambar*




*Si Dia mengantuk tahap Dewa dah ni. monyok jer .ehehe *

Friday, October 1, 2010

Memori 2008.


......Baru lepas balik mengeteh (lepak minum2) dengan rakan sepergunungan.
Yang memang sama-sama memanjat sejak dari zaman belajar di Uni.
Kalau tak selitkan cerita gunung ,memang tak sah.

Ni dorang nak buat trip endurance,Kiter pulak tak dapat join..
Isk..isk...isk...
cuti tak dapat lagi.
Sedar tak sedar,
Tadi kami bukak topik Trip gunung 2 tahun lepas.
Trip di mana,
1.Merasa trekking dalam keadaan panas,
2.Hujan selebat-lebatnya semasa separuh perjalanan terakhir.
3.Peristiwa member di sengat penyengat sampai pitam (Termasuk kiter pun kena, tapi takdela pitam),
4.Meredah 27 anak sungai yang sangat deras time descending dari puncak sebab hujan lebat gila.
5.Kalau hujan,memang sah2, sungai yang pada mulanya (time naik) paras lutut, boleh cecah sampai bahu waktu crossing.
6.Salah seorang kawan kami injured di bahagian otot area lutut (kaki tak boleh bengkok langsung. Sudahnya, jalan macam penguin) .Di mana time tu, baru 1/5 perjalanan.
7.perjalanan yang saaaaaaaaaaaaaaangat jauh which is kami start turun awal pagi, tapi sampai starting point pukul 10 malam...
Huhuhuhu..
Terharu + Gembira + sedih + Mental down = bercampu-baur..

*Member yang kena sengat. time ni lah baru tahu dia allergic dengan sengatang lebah. badam merah-merah,rasa nak pitam,demam...
*Kemsite emergency. Bila dapat tahu ada member injured kena gigit penyenga, terus kami semua decide tido kat area-area situ jugak. tak jadi tidur di puncak.Tunggu hingga demam member tu kebah.Nasib baik, esoknya member ok after makan ubat untuk kena sengat.
*Time nih cuaca panas!
*Finally, puncak!!!
1 & 2 : cubaan untuk bergambar dengan matahari.
3:seluar koyak bila hari kedua di atas puncak.
4 : Clearance barang-barang yg tak di gunakan. menghabiskan semua makanan yang ada time tu jugak ;-p


Memang tak habis-habis kalo bercerita.
Kenangan tu memang tak pernah basi kalo dicerita balik ;-)
Nak-nak kalau pergi trip yang banyak dugaan.
Huh!! rindunya nak pergi trip Endurance....