Friday, October 1, 2010

Memori 2008.


......Baru lepas balik mengeteh (lepak minum2) dengan rakan sepergunungan.
Yang memang sama-sama memanjat sejak dari zaman belajar di Uni.
Kalau tak selitkan cerita gunung ,memang tak sah.

Ni dorang nak buat trip endurance,Kiter pulak tak dapat join..
Isk..isk...isk...
cuti tak dapat lagi.
Sedar tak sedar,
Tadi kami bukak topik Trip gunung 2 tahun lepas.
Trip di mana,
1.Merasa trekking dalam keadaan panas,
2.Hujan selebat-lebatnya semasa separuh perjalanan terakhir.
3.Peristiwa member di sengat penyengat sampai pitam (Termasuk kiter pun kena, tapi takdela pitam),
4.Meredah 27 anak sungai yang sangat deras time descending dari puncak sebab hujan lebat gila.
5.Kalau hujan,memang sah2, sungai yang pada mulanya (time naik) paras lutut, boleh cecah sampai bahu waktu crossing.
6.Salah seorang kawan kami injured di bahagian otot area lutut (kaki tak boleh bengkok langsung. Sudahnya, jalan macam penguin) .Di mana time tu, baru 1/5 perjalanan.
7.perjalanan yang saaaaaaaaaaaaaaangat jauh which is kami start turun awal pagi, tapi sampai starting point pukul 10 malam...
Huhuhuhu..
Terharu + Gembira + sedih + Mental down = bercampu-baur..

*Member yang kena sengat. time ni lah baru tahu dia allergic dengan sengatang lebah. badam merah-merah,rasa nak pitam,demam...
*Kemsite emergency. Bila dapat tahu ada member injured kena gigit penyenga, terus kami semua decide tido kat area-area situ jugak. tak jadi tidur di puncak.Tunggu hingga demam member tu kebah.Nasib baik, esoknya member ok after makan ubat untuk kena sengat.
*Time nih cuaca panas!
*Finally, puncak!!!
1 & 2 : cubaan untuk bergambar dengan matahari.
3:seluar koyak bila hari kedua di atas puncak.
4 : Clearance barang-barang yg tak di gunakan. menghabiskan semua makanan yang ada time tu jugak ;-p


Memang tak habis-habis kalo bercerita.
Kenangan tu memang tak pernah basi kalo dicerita balik ;-)
Nak-nak kalau pergi trip yang banyak dugaan.
Huh!! rindunya nak pergi trip Endurance....

3 comments:

Dewajiwa said...

hehehe.
memang kenangan yang sedikit pahit waktu menghadapinya. sekarang manis kan bila mengingati dan mengimbasnya?

kita lewat bukan sebab performance, tapi sebab 1 hati untuk bergerak sama-sama dan hadapi cabaran bersama di waktu puncak musim hujan. trail nie tidaklah terlalu kejam pada musim kering, tapi musim ujan ini antara faktor kenapa ramai orang gerun pada Yong Yap. hehe.

tahniah pada semua line-up. dari sini kita kenal dan rapat kan Lyd/Kejang?

lydia said...

Ahha..
Guide tersohor baca blog lyd..
ehehehe..malu i~~ ehehehe..
Peristiwa Yong Yap memang terpateri dah dalam memori tau...
mungkin bagi orang lain,benda ni kecik.
tapi bagi kiter...pergghhhh..
Mental......hanya yang ikut jer tau..hahaha..
Cerita banyak kali pun masih tak basi and masih boleh gelak ketawa dan tersenyum...
sekarang semua dah jauh2,
susah nak gath balik untuk trip macam ni...
huhuhu..entah bile ntah nak dapat g CUS..huhuhuhu
Anyway, Ponch, naper lyd tak ley bukak blog ponch??

Dewajiwa said...

so far, group yang kecil inilah antara sibling-bond group trip yang terbaik untuk dijadikan example. di saat kritikal, semuanya 1 hati sampaikan dalam saat yang azab pun korang still maintain emosi dan pertimbangan. takde sorang pun yang emo atau terbawa-bawa untuk utamakan keselesaan sendiri. Yong Yap memang bukan gunung kategori selesa, jadi attitude korang manjadikan trip tu still happening dan enjoyable. kudos pada semua. kredit pada Kejang sebagai leader yang bagus dan line-up semua yang sempoi dan kelakar (nak tulis kelakar tu macam janggal sebab Bubor injured teruk).

CUS tahun 2011 jom. ajak semua buat reunion trip. hehe.

• republikminda.blogspot.com •