Wednesday, October 27, 2010

Liang East West Trip


Hari ini,
dah masuk 3 hari dah demam ,selsema, batuk.
ini semua penangan Trip Liang East West..
2 hari berturut-turut hujan lebat yang sangat kejam.
Peserta adalah seramai 23 Orang.

22 hb Okt 2010

Jumaat malam ......
After balik kerja, sempat lagi kemas-kemas barang.
masak sambal ikan bilis, tempeh & kacang untuk lunch esok on trek.
Klung klang klung kleng...
pukul 10 lebey kot baru kuar rumah.
sebab ada participant yang masih ada hal memasing.
Kami berdua decide untuk berkumpul di Serdang untuk team dari Serdang dan JB.
While team dari Shah Alam dan belah-belah atas, kami decide untuk tunggu di Exit Tanjung Malim je.
Dipendekkan cerita, kami tiba di Sg. Dara (kaki gunung) pukul 3.30 pagi.
ngantuk gila.
yerlah kan,
dari pagi jumaat tak tidur,balik rumah kemas, masak semua bagai.
Sampai kaki gunung, terus bentang ground & tido.
Kami decide untuk gerak pukukl 8 pagi esoknya (23hb OKT)


23Hb Okt 2010

As per plan,
ada yang bangun seawal 5.30 pagi.
Masing-masing bekerjasama menyiapkan breakfast, lipat ground & bahagi2 ration.
Breakfast pagi tu, ringkas jer.
Roti kaya + strawberi.

Tepat pukul 8:00 pagi,
kami semua di beri taklimat ringkas oleh Guide, En.Azlan Goyo dan sedikit senaman ringkas sebelum memulakan perjalanan.
Target hari ini adalah untuk bermalam di Kemsite 7-Eleven.
Tapi lunch di Kemsite Lubuk Antu, iaitu kemsite sebelum sampai 7-Eleven.

*8:15am


Perjalanan untuk sejam pertama,
kebanyakan treknya landai....
Ada 4 sungai (kot...) kami lintas....
pastuh,
berenti rehat jap kat sungai aper ntah sebelum meneruskan perjalanan ke kemsite Lubuk Antu.

*9:15am


Dalam pukul 10:30am, kami tiba di Kem Lubuk Antu.


* Fascinating!

*ikan-ikan dalam lubuk antu

Mak aihhh...
air dier memang best gila!
Rasa nak mandi time tu jugak
tapi, kite pompuan kan...
susah le...
nak salin2 baju,
leceh.
jadinya, kami semua lunch di situ dan start trekking balik dalam pukul 12.30pm.

*beli kat pasar malam putrajaya
*air tangan Encik Suami.

Lunch kami adalah:
1.Nasi Impit
2.serunding daging
3. sambal ikan bilis + kacang+ tempeh.


Perjalanan dari Lubuk Antu ke 7-E memang 'mental' habis.
disusuli dengan hujan yang lebat tiba-tiba.
time hujan mula turun, semangat dah kureng dah.
lemahnya nak berjalan .
Paling lemah biler nak melangkah balak tumbang yang gabak besar,
pastuh, banyak pokok berduri....
masa nih rasa menyesal gila tak bawak Poncho.
Dan masa nih jugaklah kiter rasa nak kuruskan badan lagi 10kg!
berat betul rasa kaki nak melangkah!!!! serius!!
start kena hujan nilah kite kena sakit tekak and selsema teruk.
before trip nih, ok jer kalau berjalan dalam hujan without poncho.
*mungkin dah tua kot...ehehehe...

* Pacat ni menyampahkan

4:30 pm kami tiba di kemsite.
alhamdulillah masa tiba di kemsite ,hujan mula berhenti.
Bolehlah kami tidur dengan lenanya ;-)

Kemsite kami di 7-Eleven

*Dapur kami

*Daging salai masakk lemak cili padi

Dinner untuk malam tu:
1.Daging salai masak lemak cili padi
2.sayur kobis goreng
3.keropok ikan

Memasing tidur awal malam tuh sebab esok pagi-pagi dalam pukul 3.00 nak kena bangun.
siapkan breakfast. pukul 4 pagi dah nak kena gerak ke puncak sebab nak tengok sunrise kononnya.


24hb Okt 2010

4:00 pagi terdengar ada suara participant, Mukhsin menjerit-jerit suruh semua bangun...
Tu dia....
4 pagi baru bangun...
last-last, 5:30 pagi baru start trekking ke puncak.
Sejuknyaaaaaaaaaa pagi tu time trekking...isk..isk...
nasib kami baik sebab tak hujan.
kite ngan husband antara yang terbelakang sebab menjalankan misi 'buang apa yang patot'.
ehehehehe.
Sempat jugak kami solat subuh on trek.
tumpang participant lain punya ground.
ehehehehe.
baik sungguh hati mereka menumpangkan kami semayang.
7:45am baru kami sampai puncak.
Leganya dah sampai puncak Ya Allah...
phew....
walaupun batuk dan selsema teruk, i've made it!
yeay!

*On the way to Liang East

*Yeay! dah sampai

*Puncak Liang East


10 minit lepas tuh, kiter and husband and beberapa kawan yang lain ke puncak west pulak.
perjalanan takde la jauh sangat
5 minit jer dari puncak Liang East.
cumanya,
Puncak Liang West takder view.
Puncak Liang East view dia 360 degree.

* On the way to Puncak Liang West

*Puncak Liang West

*Snap-snap di Puncak Liang East before descending



snap snap gambar,makan-makan,
then kami semua turun pukul 9 pagi ke kem 7-eleven.
Pukul 10:30 kami sampai di 7-Eleven.
masak untuk lunch.
Nasi putih + sosej goreng + sambal ikan bilis kacang tempeh + daging lemak cili padi semalam.
dalam pukul 12 baru kami start turun.
sampai di Lubuk antu dalam pukul 3:30 petang.
mandi-mandi kejap walaupun time tu hujan rintik-rintik.
sakitnya lutut, tuhan jer tau.
cerun betol trek menurun.
dalam pukul 4:30 ptg, kami gerak terus ke kaki gunung.
pukul 6 ptg baru sampai kaki gunung.
alhamdulillah...
Semuanya selamat sampai .
tiada sebarang major injuries.
Syukur sangat-sangat...

*Lesson learn : trekking di musim hujan, harus bawa poncho/baju hujan!!! takmo dah selsema
atau batuk-batuk lagi! seksa!!!


No comments: