Monday, August 27, 2012

Super Tired




**i need 1 more week AL

Saturday, August 25, 2012

Ucapan Raya 2012

Assalammualaikum Warah matullahi Wabarakatuh.

Kite sekeluarga nak mengucapkan Selamat Hari Raya ,

Maaf Zahir Batin.

1
Ayah demam
2
Ibu kelam kabut 
3
Mintak maaf banyak-banyak
*Njaluk Ngapuro Sing akeh-akeh


Hari Raya tahun ni bagi kami sekeluarga tiga beranak kurang meriah.
Walaupun ape yang di plan banyak menjadi.
Dari Raya Pertama,
Encik Husband Demam selesema.
Diikuti dengan Adam.
Kite pulak Start demam mase hari raya Ketiga.
Tak banyak tempat beraya.
Ini pun masih demam selesema teruk....


Ok lah,
nak sambung lenkali.

Salam.

Thursday, August 16, 2012

Fidyah bagi ibu yang hamil & Menyusukan anak



kite google kat JAKIM.


Soalan : 
Asalamualaikum.
Isteri saya bersalin. Dan berpantang di bulan puasa selama 25 hari.
Berapakah fidyah(beras kilo yang kena bayar?


Jawapan :
Wa'alaikumussalam Warahmatullahi Wabarakatuh,
Dalam kes ini, jika puasa Ramadhan yang ditinggalkannya itu adalah puasa Ramadhan tahun lepas, dan sehingga ke hari ini masih belum mengqadha’nya lagi, barulah dia dikenakan fidyah 1 hari 1 cupak beras (675 gram).
Namun, jika puasa Ramadhan yang dimaksudkan adalah puasa Ramadhan yang akan tiba lebih kurang 20 hari lagi dari sekarang, maka dia masih tidak dikenakan fidyah lagi. Hal ini adalah kerana puasa tersebut masih belum dilaluinya lagi.
Ringkasnya, fidyah dikenakan apabila seseorang itu terlewat mengqadha’ puasa ramadhannya sehinggalah bertemu dengan bulan Ramadhan tahun hadapannya lagi, ataupun seorang wanita yang hamil yang risaukan keselamatan kandungannya ataupun bagi ibu yang menyusukan anaknya yang risaukan kerangnya susu untuk diberikan kepada anaknya.

Oleh itu, bagi ibu hamil/menyusukan anak yang tidak 

berpuasa kerana risaukan kesihatan dirinya dan tidak 

langsung membimbangkan tentang keadaan anaknya adalah 

tidak dikenakan fidyah. ibu tersebut hanya wajib 

mengqadha’ puasa Ramadhannya sahaja.

Bagi mereka yang perlu membayar fidyah, bayaran boleh dibuat di mana-mana Baitulmal yang berdekatan. Untuk kepastian, sila hubungi Pejabat Agama Daerah yang terdekat. Wallahu 'alam. 

Sumber dari : dari sini
Untuk Kalkulator Fidyah online, klik sini.

2nd Pregnancy - Chili Crab at Kuala Selangor

Alhamdulillah.
Dengan Izin-Nya, kita sampai jugak kat Restoran Aroma Ikan Bakar, Jeram, Kuala Selangor ni.
Semenjak hari Ahad mengidam chilli crab.

7 Kite sangat suka lalu highway yang ade bukit-bukit macam ni! TENANG! 


Dalam perjalanan tu, Encik suami sebenarnya ingat-ingat lupa jalannya.
Tapi, nasib baik jumpa.
Signboard pun mudah nak baca.
Takde vandelism sangat lah.


11
Ibu kelaparennn
8
Adam pandai bawak diri
9
Asyik main baling-baling kunci je
10 Yang bestnya makan kat sini...Adam agak free. Xmeronta-ronta compare kalau duduk kat kerusi makan baby.


kite dapat makan dengan agak selesa sebab dapat tempat duduk ala-ala pondok.
Memang sesuai sangat untuk family yang bawak baby macam kite!
Adam pun lebih selesa bergerak.
Surau pun selesa.
Memang tak risau pasal nak sembahyang kat mana.
Semua di sediakan.

Makanan pertama sampai adalah sotong goreng tepung, nasi goreng cina & Ikan siakap 3 rasa...
13
Rate : 8/10.
12
Rate : 10/10

Inilah spoilnya bila ikan siakap sampai dulu dari ketam.
Kite melantak ikan ni banyak gile dengan nasi goreng.
Ketam sampai last sekali.

15
Rate : 8/10
16
Thanks, Encik suami!
Dah ibu Adam tak larat nak habiskan chili crab.
Last-last, bungkus bawak balik rumah.
Lepas tu, terlepas sahur.
Rasa bersalah tahap dewa kat Ayah Adam sebab tak dapat habiskan chili crab tu .
Sebab die yang belanja semuanya...
Tssskkk (-_-)


Tak pe lah kan Ayah Adam,
Dah dapat beg idaman...
mood mesti ok punya...
6
Beg kamera + laptop idaman ayah Adam. Limited Edition.
  1B
Multipurpose beg. Baby carrier pun boleh.Haha

Wednesday, August 15, 2012

2nd Pregnancy - Nausea @ 3 months

-Makan-muntah-makan-muntah-

Tadi surf internet,
makan pisang leyh kurangkan loya-loya.

Dah berbiji-biji makan.
Pun tak jalan....






Pujuk diri sendiri...
1 "Sabar... esok hari last kerja...boleh jumpa tokmak,tok abah,sedare-sedare. "

Mode : Tak sabar nak nganyam ketupat!