Tuesday, July 9, 2013

Ikan siakap ala-ala masak stim

Tadi pas balik kerja terus keluarkan ikan dari freezer. Plan nk masak ikut resipi yg kawan bg kat instagram.

Main dish hari ini adalah siakap stim tanpa menggunakan method stim. Kita akan guna method LEBUR a.k.a campak-campak.

Bahan-bahan yang perlu dicincang:
1. Halia sebesar ibu jari kaki
2. Bawang putih 7 biji
3. Bawang merah sebiji
4. Lengkuas sebesar ibu jari
5. Cili padi 11 biji

Bahan yang kena ketuk:
Serai 2 batang

Bahan pelengkap rasa:
3 sudu sos tiram
5 biji limau purut yang diperah.
Garam secukup rasa
1 kiub ayam.

Sayur :
Tomato
Daun sup
Carrot
Cauliflower

Cara cara memasak:
Didihkan air.

Masukkan bawang putih, serai, lengkuas, cili padi,halia, carrot,cauliflower.

Rebus dalam 5-7 minit.

Masukkan ikan siakap, tomato,kiub ayam,bawang merah, sos tiram, jus limau purut, daun sup

Biarkan selama 8-10 minit. Try rasa. Then baru masukkan garam secukup rasa.

Biarkan selama 5 minit.

Padamkan api.

Siap!!

Senang kan??

Good night....

Sunday, July 7, 2013

Nasi Arab di Alor Setar

Kelmarin kami sekeluarga berkampung di Alor Setar. Kebetulan encik husband ade kerja,jadi kami anak beranak pon ikutla... Makan angin semata mata. Di ulangi, ANGIN. Hahaha...

Malam terakhir kami di Alor Setar, kami pon pergilah jalan jalan cari makan sekitar Alor Setar. Fuhh... Memang macam duduk Pontian rasenya kat situ. Malam sunyi je... So far xnampak pulak mcd 24 hours. Kfc 24 hours ke ... Ronda punya ronda , jumpa satu kedai nasi arab. old Castle di istana anak bukit. Sedap... Standard mcm nasi arab lain. Kami rase sedap sebab 2 hari berturut turut kami mkn nasi bungkus je...huhuhu...



Wednesday, July 3, 2013

Aglio Olio

Dari hari ke hari nak try masak aglio olio. Tp bahan asyik x cukup je. Tp Isnin lepas, disebabkan nak habiskan stok makanan kat rumah, buat jugak aglio olio yg x seberapa.

Bahan-bahan yg ada:
Spagetti
Mixed herbs
Dry basil
Olive oil
Garlic-ikut suka hati
Sotong

Mula mula tumis garlic yg dicincang halus . Guna olive oil. (Kite guna banyak olive oil sbb nk nampak spagetti mcm moist gituuu)

Tumis sampai wangi.

Masukkan sotong yang dihiris bulat dalam 30 - 45 saat.

Masukkan spagetti yang dicelur. Taburkan dry basil ikut suka.Gaulkan sebati.

Tabur garam secukup rasa. Gaulkan spagetti hingga korang rase dah sedap untuk dimakan.

Siap!!

*kalau resipi youtube, kena ada lada hitam dan daun parsely. Baru kaw kaw rase die.

Monday, June 24, 2013

Where is the passion ?

Since pindah rumah, xpernah langsung sentuh kamera. Kamera je ade dua . Tp x berpetik-petik sejak pindah.

Actually kite rindu sangat nak snap all the moments with my family guna kamera hikmat kami tuh. Tapi, apekan daya. Adam semakin buas dan sangat eksaited ape sahaja yang berkaitan dengan teknologi. Well, bayangkan kalau kamera hikmat kami ni jammed? Meloponglah mulut kami nak membayor servis kamera. Tak gitu??

Dari sehari ke sehari nak bawak Adam jalan-jalan naik basikal di petang-petang hari. Tapi, ade je halangan. Jerebu lah, adam tido lah,isskk.. Cepat cepatlah hilang jerebu nih... Tak sabar nak berkenalan dengan jiran sambil bawak Adam jalan-jalan naik basikal.
Minggu ni, kami keluar berjalan sekejap ke Ikea...(lagi....) . Saje lepak lunch and update wardrobe yg terbengkalai. Masih lagi under construction. Ade barang yang masih x cukup. Tak apelah. No rush. Ade mase,ade budget, kami lengkapkanlah wardrobe kami pelan-pelan. Bukannye ade org nak Audit. Lagipon, Malaysia manelah ade mase nk audit rumah tiap-tiap rumah. Sebok dengan politik,racis, puak-puak,etc.... Haih.. tak letih ke ek dok porak perandakan sesama sendiri.

Put that aside. Jom layan gambar kami anak beranak minggu ni (^_^). Sorrylah. Guna kamera henpon je. Tunggula laptop baik dulu. Virus dok menari nari dalam laptop. Susah nak update gmbr.

Wednesday, June 19, 2013

Tahlil

Minggu lepas, kami anak beranak organizekan satu program tahlil untuk arwah kawan baik kami.
En Mohd Hafiz a.k.a Todong di kalangan rakan sepergunungan.

Pemergian arwah akhir bulan April yang lepas memang sangat mengejutkan semua rakan2 sepergunungan kolej mase study kat upm dulu.
Arwah tersangatlah happy go lucky and jarang sangat nampak die bermasam muka kalau depan kawan kawan.
Last aktiviti menggunung dengan arwah adalah pada tahun 2010. Last kami jumpa die mase kenduri kahwin kawan kami di johor.

Tahlil diadakan di Fraser Hill, Raub.
Tujuan ke sana adalah untuk tahlil sekaligus untuk berkumpul dengan kawan kawan memandangkan kami semua da jarang sangat berjumpa. Nak nak kite ngan family kite.
Kebiasaannya kalau ke Fraser xpernah xbawa kamera. Tapi kali ni, sorg pon xbawa kamera. Xpela.
Memang dah pasang niat nak buat tahlil dan berkumpul dgn kawan2, bukan nak bersuka ria.

Nasibla ade kamera henpon untuk kami capture the moment.