Saturday, December 19, 2015

Sekeping Serendah Retreat di Warehouse 2.



Sekeping Serendah Retreat Homestay,
Chalet, Jalan Ipoh, Kg Orang Asli, Serendah, Rawang, Kuala Lumpur, Malaysia 48200 

Sekeping serendah personally adalah tempat percutian yang menarik bagi outdoor enthusiast . Untuk ibu bapa yang kurang gemar bercuti dengan protokol , Sekeping Serendah adalah sesuai untuk anda. Bercuti tanpa protokol maksud saya di sini, jika makan, tak perlu berkejar-kejar dengan anak suruh duduk diam, Boleh duduk bersila suap anak-anak makan,Boleh masak suka-suka hati anytime .

Actually kami planning nak ke sini dah pun dibuat beberapa bulan yang lepas. Ragu-ragu jugak masa first time nak booking ke sini. yelah. Semuanya  online. Entah boleh percaya ke tidak, kan.. Tapi tawakal jelah. Nak takut apa. Ikut je step by step cara nak booking, bayar, dan enjoy the vacation.

Macam mana nak booking ?
Mula-mula, bukak page sekeping serendah.
Korang boleh pilih tarikh ikut available date yang ada kat website tu. Memang lengkap. Price semua ada base pada jenis rumah yang korang nak. 

Jenis-jenis rumah :









Contoh tarikh yang available:






Peralatan yang disediakan :
Boleh tahan banyak jugaklah contohnya dapur (stove-2) , electric kettle, oven, bbq set, pinggan, sudu,garfu, kuali, nescafe & milo 3 in 1, water heater , Fridge, swimming pool, etc. 
Tapi bab sudu, garfu,kuali kami bawa sendiri sebab malas nak samak. Periuk nasi pon bawak.

Antara peralatan yang kami bawak dari rumah :
periuk nasi
jug air (untuk buat kopi/teh/milo)- better bawa 2 untuk air sejuk dan panas.
Kuali
Stove sendiri-nak masak cepat sebab dapur ada 2 je yang disediakan.
Cutlery ( sudu, garfu, penyepit, pisau, cutting board, tapis, senduk, mangkuk)


Macam mana nak ke sana ?
Paling mudah, ikut jalan besar rawang. Tapi kalau nak view cantik, boleh je lalu Ulu Yam. Tapi jauh la. Paling senang, ikut google map atau waze. Tapi bila korang sampai je depan papan tanda Sekeping Serendah, korang akan hilang line telefon dan gps. Actually die takde pun papan tanda. Just spray nama "Sekeping Serendah" kat batu. Memang jimat kos betul . Korang jangan panik kalau tiba-tiba laluan/jalan menuju ke sekeping serendah ni sempit . Sebab korang memang akan lalu perkampungan orang asli. Jangan bawak laju-laju pulak. Mase nak ke sini, siap ada signboard tulis " Jangan Carik Pasal ". Haaa... faham-faham ajelah ya. Takut budak-budak main-main tepi jalan.
GPS coordinates : N3.368050, E101.631150


Apa aktiviti yang boleh korang buat?
1. BBQ 
- Kawat tu memang pihak sekeping serendah sediakan yang baru tiap kali guess check in. Kena request charcoal awal-awal kalo nak buat bbq or else korang beli sendiri. Pekerja diorang akan hidupkan bara sekali.
2. Swimming 
-Swimming pool die cool ok. Breathtaking view. Siapa-siapa yang nature enthutiast, memang akan enjoyke sini.
3. Trekking 30 minit ke air terjun serendah atau boleh naik kereta 10 minit
4. Ada kolam pancing berdekatan.



Ada 2 meja makan actually. Ini ruang makan berdekatan dengan bbq pit.
Ruang dapur yang selesa. Tong sampah besar bawah dapur.
Singki besar. Puas hatilah nak membasuh periuk kuali. Air pun laju!
Ruang Tidur. Ada 2 bilik berasingan. Tapi bilik open la. Cuma dia buat partition ja. Ada 2 katil double dan 6katil single. Masa kami datang tu, pihak Sekeping Serendah ada bagi 4 tilam single spare.
Bab tanggalah yang paling kritikal kat dalam warehouse 2 ni. Budak-budak suka turun naik tangga.Tapi ada gate kat atas. Kalau ada gate kat bawah sebelum naik tangga tu lagi selamat untuk budak-budak.
Ruang bermain yang luas. Budak-budak takdelah boleh mencapai perkakas-perkakas dapur.
Satu lagi meja makan dan sinki. Total ade 4 sinki kat dalam warehouse 2 ni. Area sini, kami buat letak biskut-biskut, jajan-jajan, buat susu budak , basuh botol susu budak. Memang tam campur dengan sinki di dapur. 
 Ruang bersembang dan port ambil gambar yang banyak lighting. Hehehe.
Ruang bermain-main untuk budak-budak. Luas. Nak main teng-teng pun boleh.
Antik sangat kunci bilik air dia!
Kelambu disediakan sebab malam-malam banyak serangga berterbangan. Hehehe.. Budak-budak memang menjerit-jerit lah nampak serangga pelik-pelik.
Bilik air bersih! Nature concept. Ada 3 bilik air. Heater pun ada.
Swimming pool luas. view yang superb.

Overall , saya kasik 5 bintang untuk trip ini! 

Honestly sangat puas hati dengan trip ni sebab view die cantik sangat~ Macam tak puas rasenya budak-budak ni main-main kat sini. 
Tapi yang pasti nak repeat lagi trip ke sini dengan geng-geng panjat gunung/ saudara maraku sayang~~



Tuesday, December 15, 2015

November & December Stories~

Sebenarnya, start pertengahan november lepas,
kami anak beranak kecuali encik husband berkampung di JB selama 2 minggu lebih.
Banyak kenduri yang perlu di attend.
Tapi tak semua dapat attend.
Yelah kan,
kalo bawak diri dan badan sendiri oklah lagi..
ini, bawa 2 makhluk yang sedang membesar..
Fuhh~~















Hello New Workout!

Hello Disember !

Punyalah Entry basi...
Dah pertengahan Disember baru nak cakap Hello...
hehehe..

Kite ade jumpa satu workout baru..
Yang agak challenging dan TAK BOSAN!

Sebelum ni melantak workout Freeletics.
Freeletics memang hardcore.
Tapi agak bosan bile da buat rutin yang sama 2 kali..

So,
nak pinned workout baru..


Friday, November 20, 2015

Ihtifal Little Caliph Adam

Assalammualaikum..
Hari ni hari terakhir persekolah Adam..
Excited pun ada ibu die ni..
Macam-macam fikir untuk buat aktiviti dengan Adam & adiknya si bonok..

Last week, sekolah die ada buat ala-ala majlis graduasi budak-budak 6 tahun.
Budak 4 tahun dan 5 tahun pula buat persembahan.
Ala, 4 tahun, what do u expect kan ?
Kite pun tak sangka Adam boleh rilex and cool je atas pentas.

Benda yang paling rasa berbunga-bunga,bila Adam naik je pentas, mata dia melilau cari kami sekeluarga. Bila die nampak ayah die kat depan pentas sambil pegang kamera, laaaaaaaaaagilah senyum meleret. Hahahaha..

Atok Adam pun siap datang lagi dari Johor. Tapi tak sempat pun tengok sebat sakit perut.
*Alahai Atok









Monday, November 2, 2015

Adhoc Trip to Fraser's Hill -Penutup Oktober Pembuka November-


Fuh..kejap je dah November...
Lately ni, semangat workout agak ke laut sikit di tambah dengan demam+batuk+pening kepala. Tak pernah rasa macam ni. Demam takdelah panas tadi dedar but the worst is pening sampai rasa nam tumbang. 5 hari jugaklah rasa macam ni...

Nasib lah hari Jumaat lepas dah kurang sikit...
Esoknya, ada perjumpaan ibu-bapa kat sekolah Adam. Alhamdulillah. Adam ok. Cuma yang cikgu dia komen, Adam ni kalau cikgu die bagi instruction dalam bahasa melayu die tak notice. BAgi arahan dalam english baru die paham. Pelik juga. Sebab kat rumah takdelah fully english. Campur kot. Risau sebenarnya sebab Adam tak boleh berkomunikasi dengan kawan die sebab bahasa ni. huuhuhuhu... My bad =(
Cuma cikgu die suggestkan, kalau nak ajar Adam baca buku, dalam satu hari, xboleh campur2 bahasa. Misalnya, Kalau hari Isnin Rabu Jumaat ajar baca buku bahasa melayu, So Selasa, Khamis & Sabtu ajar baca buku bahasa inggeris. Cenggitulah kekdahnyaa...



Sejurus selepas pergi sekolah Adam, cadangnya nak pergi Cold storage mane2 cawangan yang ada. Nak tengok kalau2 ada makanan fresh yang rare yang boleh dibeli dan masak kat rumah. Tapi bile, dah duduk dalam kereta...tengok cuaca TERAMATLAH CANTIK pagi tu... terus rasa nak masuk hutan....haih~ Hati cair beb tengok Cuaca cantik..mesti ingat hutan...


Mulanya, kami tak dapat decide nak ke mana. pening fikir. So, kami decide untuk berhenti sekejap kat RnR Genting Sempah untuk breakfast. Memori betul RnR ni. Kat sini dulu-dulu masa zaman belajar, pernah lepak ngan kawan-kawan sampai subuh kat sini. Kelakar aje teringat zaman belajar. haih~ Rindu3x!

Habis je breakfast, kami ajak pakcik kami jalan-jalan tapi tempat di tuju masih belum decide. Boleh tak gitu ? hahahaha.. Pakcik kite pun layan kan aje. Die kata, tak pelah. Kita berkumpul dulu and then baru decide nak pergi mana.

Bila dah jumpa, masih tak dapat decide nak pergi mana. Adohai~ Pikir punya pikir, last-last decide ke Bukit Tinggi sebab dah dekat dah pun dengan Genting Sempah. 


Sampai je Bukit Tinggi,kite tengok, tak seperti yang di tunjukkan di dalam iklan. tak recommended langsung untuk bercuti kat sini. Bukannya sejuk pun.Entertaiment pun tak ada. Kalau ada pun , kite tengok, ade aktiviti ala-ala aktiviti untuk program motivasi macam flying fox, wall climbing,rumah jepun. Maybe untuk ambil gambar mungkin cantik sebab prop banyak. Tapi untuk bercuti , memang tak best.


Rasanya, dalam 40 minit je kot kami kat Bukit Tinggi tu. Sempatlah belikan anak bubble gun tu. Sebab diorang dah boring sangat tak tau nak buat apa. Masing-masing muka dah boring je. Memang nak keluar dari Bukit Tinggi tu cepat-cepat tapi tak tahu nak menghala ke mana! tak ada arah tuju! Punya lah perah otak nak fikir, last-last pakcik kite decide nak ke Fraser's Hill. Yelah, datang jauh-jauh dari Seri Kembangan, takkan nak balik rumah balik. Buat penat badan je kan. Dengan tak booking hotel, tak bawa susu anak, tak bawak baju spare yang cukup, tak bawak sweater, kami redah je ke Fraser's Hill.


Kami sampai di Fraser's Hill dalam pukul 6:15pm macam tu. Ingatkan nak ambil gambar sunset. Tapi sebab tak dapat hotel lagi, jadi terpaksalah mencari mana-mana hotel yang available. Fuh, nasib ada yang affordable. Tong-tong ngan pakcik. Hotel Shahzan Inn. Satu bilik ada 1 katil queen dan 1 katil single. RM248. Letih betul badan bila dah baring kat katil. Rasanya kami letih bukan sebab penat berjalan. Tapi letih sebab susah sangat nak decide nak mencari arah tuju nak berjalan ke mana. Adohai~~ 




Malam tu , tak keluar jalan-jalan pun sebab hujan. Kami lepak-lepak di lobby hotel sahaja. Tengok sejarah-sejarah Fraser's Hill kat frame yang bergantung-gantung kat lobby. Makan pun, beli kat luar, pastu tapau bawak balik bilik. 
 Jakun sebab ada maybank kat pekan fraser hill ni..hehehehe...



Esok paginya, kami bersarapan kat hotel je. Kupon breakfast cuma ada 3 je. Untuk kanak-kanak, free. Tapi sebab encik husband malas nak keluar makan, kami pun join sekali breakfast kat hotel. Tak mahal pun . Ingatkan sampai RM50-RM80. Rupanya RM11 je. berbaloi sangat! Nasi lemak die sedap! kite tambah 2 kali! makan tak ingat dunia sebab malam semalamnya makan tak puas. Tak kenyang. Nak mintak nasi goreng 3 bungkus, segan lak kat encik husband. Hahaha..




Lepas sarapan, lepak-lepak kat taman  buai. Gembirakan anak-anak dulu sebelum meneruskan aktiviti trekking hutan. Hehehehe..


Kite memang tak sangka Adam excited sangat nak trekking dalam hutan. Laju je die jalan. Cuma bila nampak trek yang mencanak je die akan berenti kejap pastu mengeluh. Tapi mengeluh kejap je. Lepas tu cergas balik. Hahaha.. memang tak sangka. Si Adik memang belum pass lagi lah nak ajak g hutan. Badan die tak stabil lagi nak berjalan dalam hutan. Belum kuat lagi. dalam 50% perjalanan mintak dukung.








Overall, 
trip adhoc ni, memang best. Haha.
Tapi part yang tak best adalah masa suntuk dan tak dapat nak buat budget betul2 sebab ada kemungkinan besar bila adhoc trip macam ni, akan banyak keluar duit dari trip yang well plan. Hehe.