Thursday, August 19, 2010

Malunya

Malu.

Malam semalam.
Jalan-jalan naik motor pergi Courts Mahmod eh? Mamot.
After pam minyak ( 300meter jauhnyer dari rumah kami),
Encek husband offer bawak motor.
Tanpa lengah dan confident,
Tangan yang bengkak(Gemok) ni terus capai handle motor.

Pulas2..rupanya belum masuk gear ( Error #1)
Time nak keluar dari stesyen pam minyak,ada kereta masuk ke stesyen minyak.
kire motor bertembung dengan kereta, tapi takdelah berlanggar .
TERKEJOT!
Terus ketawa kuat-kuat (ketawa tak boleh berhenti punya)
*mcm mana nak elak ke tepi nih...kereta tu pon satu.bukannya nak elak.
tunggu kite jugak yang elak ke tepi. dok pandang je muke kiter.
hangin sebenarnya.tapi simpan jer dalam hati.
Last-last,kite mengalah dengan abang brader yang bukannyer cacat mane pon.
tapi hati die yang cacat (sebab tak boleh bertimbang rasa).
padahal itu laluan kite.


Enough said.
time bawak motor.
nak tukar gear,motor terenjut-enjut (error #2)
*Haiih.
ketawa lagi..dan lagi...terbahak-bahak di tengah-tengah malam buta.
sampai kat bawah blok,nak parking pon tak reti!!!
kenapa ntah asyik terhuyung hayang je.
"maybe sebab sayang duduk kat belakang kot,dats y kiter bawak terhuyung hayang" ,kiter ngadu kat encek suami.
Encek suami pon membalas " Macam tu lah perasaan abang kalau tiap kali abang bawak motor kalau sayang duduk belakang"

Arghhhhh!!!!!! Ya! memang saya gemok dan berat!
Sungguh lawak pengakuan encek suami,membuatkan kite ketawa lagi tebahak+kuat gila.
Orang yang lalu lalang pandang pelik sambil berbisik sesama mereka.
Arrgghhhh...MALUnya~~
Sampai je rumah,terus pengsan (tidur).


p/s: baru bawak motor beberapa meter,dah berpeluh-peluh.Macam mana nak beli motorbike sorang satu !!!! (Encek suami 1,kite 1)

Wednesday, August 18, 2010

Cubaan Nasi Ayam


Kelmarin, lepas balik dari Jay Bee, kami teruja nak masak nasi ayam! sebab kite dah belajar cara-cara buat kuah popiah and sos nasi ayam ;-)
Menu kami Berbuka hari tu,
Nasi Ayam | Ayam Goreng Madu | sos Nasi ayam | Sup Ayam.

Cara buat Nasi untuk nasi ayam :

Step 1:
1. Potong-potong halia and garlic. better tumbuk lagi bagus! biar juice kedua-dua bahan tadi keluar.
2. sediakan air dalam periuk besar. letak la berapa banyak air yang korang nak.
3.masukkan bahan-bahan yang dah di tumbuk tadi.
4. bila dah mendidih, masukkan ayam. 5 ketul ayam untuk 2 orang makan

Step 2:
1.basuh beras
2.Tumis Bawang putih and halia yang di tumbuk.
3.pastuh, goreng beras tadi sampai beras tu garing kekuningan.

Step 3 :
beras tadi, masukkan dalam periuk nasi untuk di tanak. masak nasi mcm biasa.
tapi gantikan air dengan kuah sup ayam (garlic+ginger+ayam yang di rebus tadi).


Sos Versi Kakak Ipar:
1. Lada basah yang dah di sangai + bawang putih 4 biji + Halia sebesar ibu jari = Blender
2. Blender selumat-lumatnya.
3. bahan-bahan yang di blender,di rebus + Sos Cili + Sos Tomato+Gula secukup rasa.
(Sos Tomato kena banyak sikit dari sos cili supaya Kuah Sos nasi ayam tak manis)
4. Rebus guna api yang perlahan sampai la warna sos tadi warna merah gelap pekat!


Ayam Goreng Madu:
1. Toskan ayam yang di rebus tadi.
2.Perap ayam dengan Sos Tiram + Madu 10~15 minit.
3. Goreng!

Siap! Selamat Mencuba !


Sekali sekala sahur western, ok jugak kan?? mudah.pantas.tak perlu berfikir tatkala mata kelat bagai di gam-gam gitu.

Aktiviti di Johor



Aktiviti balik kampung minggu lepas (Sabtu), kite and husband tak duduk rumah Mama. Kami duduk kat tempat kerja abah. Teman abah On duty. Biasanya mama ada skali,tapi unfortunately mama kena warded =( . Tak best. Kalo tak, boleh kiteorang tengok cerekarama sama-sama as usual kalau teman abah kerja. Jadinya, tinggal lah kami berempat .
Kami Berempat berbuka puasa di Coffe House Blue wave hotel. tak berapa banyak sangat makanan but i like the dessert and sate !! yummy!!


Lepas berbuka, Kami semua melawat mama.
Actually mama dah 2 kali kena warded sebab sakit cenggini.
Dokter kata, virus infection kat usus.
Sebab kat tempat kerja mama ramai gak yang kena sakit mcm ni.muntah-muntah and "beri-beri" . Mama tak boleh makan langsung. Kesian sangat kat mama. Masa sampai hospital (hari jumaat malam),rasa macam nak peluk-peluk mama tak nak lepas. Eheh..
Tapi,tak nak la ganggu dia nak rehat. So, malam tu kite belikan beberapa magazine untuk mama biar dia tak boring.

*Dah berapa banyak botol dah mama masuk air time ni. (lupa apa nama air tu. glucose kot).
abis tangan mama berlubang-lubang.



After visit mama, kami bertiga berjalan-jalan kat Segget Walk. orang KL kata, UpTown. Ehehehe.

kite ngan husband just beli kotak yg boleh jadi multipurpose sebagai kerusi,meja,dan tempat letak majalah. ;-) RM25.00 jer. Tak puas tau berjalan kat segget walk ni. tempat dier agak banyak plus, belum gaji lagi maaa...ehehe.. Of Course tak puas berjalan. =p

So, malam tu kami bertiga menghabiskan dengan window shopping (which is i dont like the most, sebab tak dapat nak membeli) & Photoshoot kat area Segget Walk.

Esoknya, kami ke rumah mak pulak.tak captured gambar pon. tapi yang paling best, mak masak popia goreng!
Yummy!!!!! di tambah pula dengan sos popiah made by akak iparku...aisey~~ mengancam!
Abah pulak,bagi 2 kotak air soya! memang sampai ujung bulan puasa la kami melantak air soya untuk berbuka and sahur ;-)

Sunday, August 15, 2010

Tak PUAS!

Rase tak puas balik Jay Bee 2 hari......
esok dah nak balik.
*Sigh

Friday, August 13, 2010

Dari mata, Jatuh ke hati

Tengah godeh2 koleksi gambar peribadi,tiba-tiba tertoleh gambar zaman sekolah!
Arghhh..naifnya time tu.


Kiter time jadi budak hostel SIGS (Sultan Ibrahim Girl School), sekitar tahun 2001.
time ni tak pakai spec lagi.


Zaman Sekolah Si Dia.
Si Dia mase duduk kat Asrama Pusat Putera (tahun 90-an,sekitar 1998 kot..)
Zaman ni la kali pertama mata kami bertentang.
Area bangunan yg ada bilik guru.
Masa our first eye met tu,Si dia seperti terkocoh-kocoh nak jumpe sape ntah.
yelah, masa tu,Zaman kegemilangan + Glamour Si Dia.
mane nak pandang kite kan....
Sape jer budak2 pompuan gedik+glamor yang tak nak jadik adik angkat dier.. (menyampah *sambil menepuk belakang kepala sendiri)
Hot stuff la konon.
cet!

1998--------->2010
Its been 12 years since our first met!
dari mata jatuh ke hati.
Ehehehehe..
Insya Allah esok nak g tengok sekolah kami ;-)
kebetulan esok ada orang ajak men golf.
bagusla sangat tu kan.
main golf time puasa.
xdapat minum air sejuk bawah cahaya matahari terik.
huhuhuhu..
Rugi.