Wednesday, August 18, 2010

Cubaan Nasi Ayam


Kelmarin, lepas balik dari Jay Bee, kami teruja nak masak nasi ayam! sebab kite dah belajar cara-cara buat kuah popiah and sos nasi ayam ;-)
Menu kami Berbuka hari tu,
Nasi Ayam | Ayam Goreng Madu | sos Nasi ayam | Sup Ayam.

Cara buat Nasi untuk nasi ayam :

Step 1:
1. Potong-potong halia and garlic. better tumbuk lagi bagus! biar juice kedua-dua bahan tadi keluar.
2. sediakan air dalam periuk besar. letak la berapa banyak air yang korang nak.
3.masukkan bahan-bahan yang dah di tumbuk tadi.
4. bila dah mendidih, masukkan ayam. 5 ketul ayam untuk 2 orang makan

Step 2:
1.basuh beras
2.Tumis Bawang putih and halia yang di tumbuk.
3.pastuh, goreng beras tadi sampai beras tu garing kekuningan.

Step 3 :
beras tadi, masukkan dalam periuk nasi untuk di tanak. masak nasi mcm biasa.
tapi gantikan air dengan kuah sup ayam (garlic+ginger+ayam yang di rebus tadi).


Sos Versi Kakak Ipar:
1. Lada basah yang dah di sangai + bawang putih 4 biji + Halia sebesar ibu jari = Blender
2. Blender selumat-lumatnya.
3. bahan-bahan yang di blender,di rebus + Sos Cili + Sos Tomato+Gula secukup rasa.
(Sos Tomato kena banyak sikit dari sos cili supaya Kuah Sos nasi ayam tak manis)
4. Rebus guna api yang perlahan sampai la warna sos tadi warna merah gelap pekat!


Ayam Goreng Madu:
1. Toskan ayam yang di rebus tadi.
2.Perap ayam dengan Sos Tiram + Madu 10~15 minit.
3. Goreng!

Siap! Selamat Mencuba !


Sekali sekala sahur western, ok jugak kan?? mudah.pantas.tak perlu berfikir tatkala mata kelat bagai di gam-gam gitu.

Aktiviti di Johor



Aktiviti balik kampung minggu lepas (Sabtu), kite and husband tak duduk rumah Mama. Kami duduk kat tempat kerja abah. Teman abah On duty. Biasanya mama ada skali,tapi unfortunately mama kena warded =( . Tak best. Kalo tak, boleh kiteorang tengok cerekarama sama-sama as usual kalau teman abah kerja. Jadinya, tinggal lah kami berempat .
Kami Berempat berbuka puasa di Coffe House Blue wave hotel. tak berapa banyak sangat makanan but i like the dessert and sate !! yummy!!


Lepas berbuka, Kami semua melawat mama.
Actually mama dah 2 kali kena warded sebab sakit cenggini.
Dokter kata, virus infection kat usus.
Sebab kat tempat kerja mama ramai gak yang kena sakit mcm ni.muntah-muntah and "beri-beri" . Mama tak boleh makan langsung. Kesian sangat kat mama. Masa sampai hospital (hari jumaat malam),rasa macam nak peluk-peluk mama tak nak lepas. Eheh..
Tapi,tak nak la ganggu dia nak rehat. So, malam tu kite belikan beberapa magazine untuk mama biar dia tak boring.

*Dah berapa banyak botol dah mama masuk air time ni. (lupa apa nama air tu. glucose kot).
abis tangan mama berlubang-lubang.



After visit mama, kami bertiga berjalan-jalan kat Segget Walk. orang KL kata, UpTown. Ehehehe.

kite ngan husband just beli kotak yg boleh jadi multipurpose sebagai kerusi,meja,dan tempat letak majalah. ;-) RM25.00 jer. Tak puas tau berjalan kat segget walk ni. tempat dier agak banyak plus, belum gaji lagi maaa...ehehe.. Of Course tak puas berjalan. =p

So, malam tu kami bertiga menghabiskan dengan window shopping (which is i dont like the most, sebab tak dapat nak membeli) & Photoshoot kat area Segget Walk.

Esoknya, kami ke rumah mak pulak.tak captured gambar pon. tapi yang paling best, mak masak popia goreng!
Yummy!!!!! di tambah pula dengan sos popiah made by akak iparku...aisey~~ mengancam!
Abah pulak,bagi 2 kotak air soya! memang sampai ujung bulan puasa la kami melantak air soya untuk berbuka and sahur ;-)

Sunday, August 15, 2010

Tak PUAS!

Rase tak puas balik Jay Bee 2 hari......
esok dah nak balik.
*Sigh

Friday, August 13, 2010

Dari mata, Jatuh ke hati

Tengah godeh2 koleksi gambar peribadi,tiba-tiba tertoleh gambar zaman sekolah!
Arghhh..naifnya time tu.


Kiter time jadi budak hostel SIGS (Sultan Ibrahim Girl School), sekitar tahun 2001.
time ni tak pakai spec lagi.


Zaman Sekolah Si Dia.
Si Dia mase duduk kat Asrama Pusat Putera (tahun 90-an,sekitar 1998 kot..)
Zaman ni la kali pertama mata kami bertentang.
Area bangunan yg ada bilik guru.
Masa our first eye met tu,Si dia seperti terkocoh-kocoh nak jumpe sape ntah.
yelah, masa tu,Zaman kegemilangan + Glamour Si Dia.
mane nak pandang kite kan....
Sape jer budak2 pompuan gedik+glamor yang tak nak jadik adik angkat dier.. (menyampah *sambil menepuk belakang kepala sendiri)
Hot stuff la konon.
cet!

1998--------->2010
Its been 12 years since our first met!
dari mata jatuh ke hati.
Ehehehehe..
Insya Allah esok nak g tengok sekolah kami ;-)
kebetulan esok ada orang ajak men golf.
bagusla sangat tu kan.
main golf time puasa.
xdapat minum air sejuk bawah cahaya matahari terik.
huhuhuhu..
Rugi.




















Sambal kicap



Salam Hari Jumaat ;-)
harini Sahur dengan lauk semalam.
sedap lagi.lauk panas2 memang sedap!
di tambah pulak dgn sambal kicap.
Perrrggghhhhh!!
Kegemaran rata-rata rakyat Johor.
pedas2+manis+lemak.
nih nak bagi menu simple lagi.


Sambal kicap Versi Akak Ipar:


bahan-bahan:
1.Kicap manis (i prefer Kicap kipas udang.Sedap!)
2.bawang putih
3.bawang goreng(pakai yg dah siap dalam paket.)
4.cili padi
5.limau kasturi

Step 1: cili padi + bawang putih,goreng separuh masak.
Jgn terlalu masak.agak2 jer separuh masak untuk
ilangkan pijor cili ( pijor=gas dlm cili)

Step 2: Blender bahan2 yang dah di goreng separa masak
dengan kicap manis + bawang goreng + limau kasturi+gula dan garam secukup rasa

Dah Siap!!

yang buat sambal kicap tu sedap, sebab ada bawang goreng!
Sedap dimakan /di cicah goreng pisang panas rangup/soto ayam/sup ayam.






*Yang nih, sambal kicap versi Express : potong cili+bawang putih (bawang merah tu utk ulam)
--------------------------------------------------------------------------------------------


P/s: best sangat pagi tadi g kijer naik motor.
encek husband antar g kijer.
best!
Mcm2 ragam orang nk g kijer pagi.
*Ada yang senyum sorang-sorang dalam keta.(Mesti tengah dengar panggilan hangit)
*Ada yang muka masam,muncung mulut tu boleh gantung hanger.
*Yang paling best, biler motor kami berenti kat trepik lite kat sebelah van org India.
Lagunyer bole LAYAN! ehehehe..Encek husband siap shuffle sikit bdnnyer.Eheh.
biasernyer drive keta sendirik,mata pandang depan je.
FOKUS!