Thursday, September 30, 2010
Support 10,000 Steps Per Day
10,000 Steps sehari & Sharing
Tanda-tanda hati mati
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
1-Hubbul dunia (kasihkan dunia)
2-Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
3-Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
1-Zuhud dengan dunia
2-Zikrullah
3-Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah
P/S: Untuk renungan bersama-sama. Sama-samalah kita mengejar akhirat. Untuk peringatan diri saya sendiri juga para blogger sekalian.
*Pssstttt...hari ni hari kedua parking kereta jauh-jauh dari bangunan office. Adelah dalam 300m kot jaraknya.
Tunggu lagi sebulan, apa hasilnya. ;-) Tak sabar!! (Sorry my kereta, dikau terpaksa berhujan panas...)
Kite menyambut seruan kerajaan, "10,000 langkah sehari" ;-)
Wednesday, September 29, 2010
Hiburan
Bila boss tak ada di ofis$B!'(B
Bila boss panggil$B!'(B
Bila kene attend meeting$B!'(B
Bila boss suruh gi training$B!'(B
Bila time tea break$B!'(B
Bila nk dekat2 pukul 5ptg$B!'(B
Bila esok hari cuti$B!'!!(B
Bila dpt 'assignment' baru dr boss$B!'(B
Bila 'assignment' yg boss bg susah giler nk buat$B!'(B
Bila dpt tau adalah mustahil untuk siapkn 'assignment' boss$B!'(B
OT untuk 2 jam$B!'(B
OT untuk satu malam$B!'(B
Boss suruh kita buat OT waktu weekend$B!'(B
Bila dah terbuat silap$B!'(B
Bila berjaya 'perform' sikit jer$B!'(B
Bila gagal, kecewa nk mati$B!'(B
Bila org finance lambat byr claim staff$B!'(B
Bila dpt tau takder BONUS tahun nih$B!'(B
Tazkirah & Facebook
Its another issue that i wana bring out,grab from my friends shout out FB.
Hati terpanggil nak post benda ni.
Agak kontroversi jugak issue ni.
Dia kata:
Litup tidak semestinye suci,terbuka tidak semestinye jijik. Jgnla sempitkan pemikiran kerana penglihatan. Sesungguhnya zahir tidak mempunyai bukti untuk si batin
Kiter rase,
first thing first,
Apa yang kite faham dari ayat di atas,
orang bertudung sekarang kurang berkualiti & berhati busuk.
Dan kalau orang yang tak bertudung tu, tidak semua yang jahat.
jadinya, macam menjadi tak berdosa kalau tak pakai tudung.
Haih...
automatiknya,
secara kasarnya,
nampak macam ayat dier tu bermaksud, bertudung ni bukan satu kewajipan.
Maaflah .
ni secara kasarnya terfikir begitu.
no offence.
kiter rase,dier tak perlu mention isu bertudung litup kot.
Its kind of mengutuk and menggalakkan orang supaya not to one of them.
entahlah.
Agak tidak patutlah dia shout out "quote" dia tu kat public.
What about her friends yang bertudung litup feelings?
mungkin dia nak memerli someone,
but how about the rest yang berlitup?
Diam-diam sudah lah.
Lainlah kalau dia nak shout out tentang hadith pasal memakai hijab.
boleh lah kot.
sebab benda tu FAKTA bukan AUTA.
sudah termaktub di dalam AL-Quran.
Jadinya,
Kita tak boleh menyangkal kenyataan itu,
melainkan menginsafi diri,
dan lebih bersemangat untuk menjadi ke arah yang lebih baik.
For example,
There is someone,
yang post dalam FB kite,
pasal tanda-tanda kiamat.
suprisingly,
Keinsafan tu terus menyelinap dalam hati kite.
rasa nak berubah time tu jugak.
nak menjadi lebih baik.
Kite pun banyaaaaaaaaaaaak sangat kekurangan nya,
dan nak sangat menjadi sempurna.
For me,
"Kita ini hambanya.SERBA SEBI KEKURANGAN.
Manusia ini mudah alpa.
jadinya,
perlu saling ingat-mengingati.
sebab itulah Tazkirah di wujudkan.
Supaya umat manusia saling ingat-mengingati antara satu sama lain.
Serius,
bila baca shout out benda-benda yang ke arah kebaikan ini,
keinginan untuk menjadi hamba Allah yang sempurna,membuak-buak.
Kite nak share something pasal tazkirah ni.
Dulu,
kat tempat kerja lama,
Bos kite hari-hari,
lepas briefing,
semua di wajibkan baca tazkirah.
dun worry,
tak susah,
bos kiter ada beli buku pasal hadith-hadith.
semuanya topik pendek-pendek.
jadi,
setiap orang baca satu topik.
KESANNYA???
sangat melegakan hati.
hati jadi tenang.
sebab pagi-pagi sudah di sajikan dengan bacaan-bacaan hadith.
So, why don't you all out there try it once!
Confirm,dijamin,HATI TENANG.
Wallahua'lam.
"Sesungguhnya yang kurang itu datang daripada manusia itu sendiri dan yang baik itu datang daripada Allah" (",)
Tuesday, September 28, 2010
Baju Jarang.

Tadi g beli breakfast. (Tapau jer.)
Monday, September 27, 2010
Kepulangan & Kepenatan


