Friday, September 17, 2010

Kronologi Raya 2010


Seminggu bercuti raya,
masih tak cukup !
ehehe... (Bersyukurlah wei,orang lain entah tak dapat cuti =p )
Tahun ini,
Tahun pertama berhari raya bersama husband tercinta.
Sehari sebelum raya, kami menghabiskan masa mengemas rumah Mak (ibu mertuaku),prepare hidangan raya(Part ini paling susah! sebab kena potong limpa & paru lembu halus sehalus-halusnya).
*The Hardest part

Kiranya, ini first time memasak untuk family.
Biasanya masak ketupat aper semua bagai, untuk sekampung (makcik,pakcik,atok nenek,cousin).
Nak dipendekkan cerita, hari khamis tu jugak masak, hari khamis tu jugak beli eksesori baju kurung untuk di jahit.Everything last minit.
Malam tu pulak, kami menuju ke kampung atok belah abah (ayah kite) kat Pontian.
Jadinya,Hari Raya Kami untuk tahun pertama adalah di rumah atok.

Hari Pertama.
Pagi-pagi raya tu kiter dah start packing-packing barang untuk balik kampung atok belah mama.(Penat tau jadik NOMAD)
Sesi bergambar pagi raya tu meriah sangat!
Abah jadik organizer.
Sampaikan tak sempat nak bergambar satu family gamaknye sebab nak kejarkan masa nak balik kampung atok belah mama
*Organizer yang sangat BZ
*Anak buah yang sangat suka bergambar
.

Setelah selesai sesi bergambar and salam-salam,kami sekeluarga bergerak ke rumah atok Kulai (Atok belah mama).
Kami gerak asing. Pada mulanya mama+abah+adik gerak satu keta.
Tup-tup, tercetus pulak idea nak bergambar kat ladang nenas.
Terpaksalah soh abah dropkan adik kat tepi ladang nenas.So,kami bertiga gerak saing ke Kulai nanti ;-p
Memang gile photoshoot memasing nih....
But too bad, the weather on that day is not so good.Cloudy~




*LAdang Nenas

*TEMA Hijau.
Para Photographer ;-)
Pagi-pagi raya lagi dah hujan.
jadinya, awan mendung jer.
Sudahnya, kami tak lama pun photoshoot kat ladang nenas.
Kami terus bergegas ke Kulai,
takot ade cousin-cousin dah beransur pulang ke kampung masing-masing.

As usual, sesampai jer rumah atok kulai, kami dijemput makan LAGI.
Memang adat orang jawa,asyik makan jer kerjanya.
LEpas makan2, photoshoot lagi.
* HERO-HERO
Kali ini, cousin belah mama ramai "HERO". (Cousin belah abah ramai pompuan).
Jumlahnya lebih ramai, tapi tak ramai yang balik time tu.
Petangnya pulak, kami merempit ke kampung Rantau Panjang.
Nak tengok sungai.
Fuh! Rindu sey bau hutan!
*Remp-It
*Sungai Rantau Panjang
Malam tu, baru lah kami bergerak balik ke rumah mama (NOMAD lagi).


Hari kedua,
cousin-cousin pulak beraya di rumah mama.
Makanya, kena prepare bahan2 mentah & masak .
Seterusnya beraya pulak ke rumah cousin2.
*Beraya sampai lebam.
Malam tu,entah kenapa angin Abah semacam,adrenalin dier banyak agaknya..
die ajak pulak pegi Singapore.Jalan-jalan amik gambar katanya.
Kami adik beradik on aje.


*Walaupun malam tu berangin, tapi Singapore tetap BAHANG!




Hari ketiga pun sama jugak macam hari kedua.sebijik.cuma tak g Singapore la kan.
Beraya sampai tengah malam.

Hari Keempat,lebih kurang macam hari kedua.
*Atok Moden. Ada Facebook lagi.Ni cucu-cucu punya kerja.

*Sempat singgah Kedai Mi rebus tulang!


Siang beraya, Malamnya pulak Last minit plan BBQ kat Rumah Kite.
*Bakar lambchop kat longkang sebab tempat BBQ kena curik. HAMPEH!

Kawan-kawan Husband time dier dok hostel.
Siap ader yang overnite lagi.
Memang meriah la.

Hari Kelima,Hari penat.
Pagi-pagi bangun kemas rumah kami yang lama di tinggalkan.
Pastuh Sesi beraya ke rumah kawan-kawan sekolah Encik Suami Start from 1100am sampailah 7 malam.
Penat!!!!
*Rumah Second Last.

Malam pulak singgah rumah mak,
sembang sampai tengah malam sebelum balik semula ke rumah Kami.

Hari Keenam, Last beraya.
Beraya di rumah Baby Sitter kiterorang time kecik-kecik dulu.
Last but not least before pulang ke KL,
Ambil gambar bersama-sama family.
Maghrib di rumah mama,Isyak di rumah Mak.
Meriah...Meriah.... ;-)
Malam tu,
Kami pulang ke KL dengan berbaju raya...
Terasa seperti malam raya pulak malam tu ;-)


Menantu First ;-p

*Gambar kurang cantik sebab tak pandai setting gambar ;-{





3 comments:

Madam Amie said...

penatnyer baca entry nih...! :p

lydia said...

Hahaha..
banyak gambar dari cerita kan??
kiter tak pandai bercerita..
ehehehe..
bergambar boleh la.. =p
penat tau,
orang kata kalau sekampung ngan husband, senang..xpyh gaduh2 nak balik kampung mana.
tapi kalo kampung dah dekat, asyik mengemas baju jer....
sekejap nak g rumah saner,
sekejapp nak g rumah sini..
sepah kereta...isk..isk..penat tau,,ehehe

Madam Amie said...

penatnyerrr~~~~~~~~~~ :p