Thursday, September 30, 2010

10,000 Steps sehari & Sharing


Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

1-Hubbul dunia (kasihkan dunia)

2-Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)

3-Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

1-Zuhud dengan dunia

2-Zikrullah

3-Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah



P/S: Untuk renungan bersama-sama. Sama-samalah kita mengejar akhirat. Untuk peringatan diri saya sendiri juga para blogger sekalian.


*Pssstttt...hari ni hari kedua parking kereta jauh-jauh dari bangunan office. Adelah dalam 300m kot jaraknya.

Tunggu lagi sebulan, apa hasilnya. ;-) Tak sabar!! (Sorry my kereta, dikau terpaksa berhujan panas...)

Kite menyambut seruan kerajaan, "10,000 langkah sehari" ;-)

2 comments:

Mas Ai said...

huhuhu,.....thanx byk2,...

fyi, menyahut seruan 10,000km sehari jugak, tapi tak sure sampai ke tak,..usaha,..usaha~

lydia said...

haha..
tak per, yang penting niat dan usaha!
CAiyyokk!!
result? biar tuhan menentukan...ehehe