Friday, April 8, 2011

Puding Jagung Berkuah


Beginilah rupanya when a dummies of first timer yang baru belajar buat puding jagung berkuah.
I got the recipe from entah-sape-sape punya blog. But they didnt mention in detail how practically to prepare the puding.1
Ok lah, tanpa berbicara panjang, lets narrow down to the recipe.

Bahan-bahan untuk puding:
1. Tepung kastard 1 cawan.
2. Santan 1 kotak (200ml)
3. 1 cawan gula
4. 1 1/2 cawan air
5. seccubit garam
6. jagung manis dalam tin (guna setengah atau sesuka hati la. ikut tekak. kalau suka jagung tuang semua)

Cara-cara ikut turutan :
1. Santan + air di masukkan dalam periuk dan panaskan (masak).
2. kacau perlahan.
3. lepas seminit letak secawan gula + secubit garam
4. Tepung kastard di letak sikit-sikit supaya tak berketul tepungnya.
5. kacau sampai berkilat lebih kurang 15-20 minit. Then baru letak jagung.
6. Lepas 5 minit, dah boleh angkat.

** Step yang ke-4 lah yang kiter silap. sebab dalam blog tak cakap soh letak tepung kastard tu sikit-sikit. jadinya, kiter yang first time buat puding ni tuang SEMUA sekali bahan-bahan buat puding serentak kecuali jagung sebab dalam blog "tu" cakap jagung letak last sekali bila mixture puding tadi berkilat. So..........ending with puding jagung yang penuh dengan berketul-ketul tepung kastard. Asal nak makan jer, kena keluarkan tepung yang bergumpal dari mulut..huhuhu..Tak aperla.. lesson learn.

Oh ya, ini pulak resipi untuk kuah puding jagung.
Bahan-bahan:
1. Susu cair (1 tin)
2. Air (1 tin. guna tin susu tadi)
3. letak 1 cawan susu rendah lemak (tak letak pun tak apa.saje nak bagi sedap)
4. 3/4 sudu cawan gula. (korang try rasa. kalau kena kat tekak. ok lah tu)

Cara-cara:
1. Campur jer semua bahan-bahan di atas.
2. Hangatkan sampai agak-agak gula tu cair.
3. Tutup api and letak kuah tu dalam peti ais.

OK! puding jagung tadi tu pun sejukkan dalam peti ais. Sedap di makan sejuk-sejuk!
Selamat mencuba.2


Perkembangan perut: Semalam tendangan baby semakin kuat. Ayahandanya dah dapat rasa just by putting his hand on my belly. Kiteorang gelak sakan. (^_^). Gelak jakun. kui.kui..kui... Macam kelakar lah pulak ada benda menendang-nendang dari dalam perot.Soooo SWEET!
Dah makin aktif menendang. But this time baby ada masa tertentu untuk die sepak-sepak bonda dia. Waktu yang paling aktif adalah Tengahari,petang (dalam pukul 5:30-maghrib) and tengah malam sebab time nilah bonda die rest dan baring-baring(dalam pukul 11:30-infiniti).
I Wonder whether my baby is a girl/boy.Tssskkk.... semenjak dua menjak ni kite suka betul tengok rancangan TOP CHEF & American/Australia/Britain Next top model. Hari-hari tengok, tak pernah miss! Hehehe..suka tengok benda-benda cantik

2 comments:

Madam Amie said...

Lyd, bila nak jemput kita mai umah..? hehehe leh jadi food tester.. hihihihii

Lyana Mansor said...

best kan lyd...heheheh