Saturday, July 30, 2011

Pengalaman Bersalin : Journey of Adam Haziq to this World

Salam Sabtu semua.
Good Morning~
Sedap kan tidur di pagi Sabtu , ditambah pula dengan hujan lebat mencurah-curah?
Tadi pagi terbangun pukul 3:20am untuk pam susu.
Terdengar Adam merengek.
Pastuh senyap semula.
So, kite pun start lah mengepam until 4 : 30am i guess.
Then, pukul 5:30 am, Adam dah merengek bebetul punya untuk menyusu.
Susukan die sampailah dalam 6:15 gitu.
Lepas tu, kami bertiga beranak bantai tidur sampailah pukul 9am...
muahahahah...
Hujan lebet...
Nyaman~~
Macam berada di Fraser Hill Gamaknya... (^_^).


Ok lah.
Termerepek pulak.
Nak cerita kronologi pasal kelahiran Adam a.k.a PENGALAMAN BERSALIN.

Rabu || 20 July 2011
5:30 pagi, terbangun.
Tetiba terasa macam ada air mengalir dari bawah.
laju je.
tapi tak banyak.
agak-agak dalam setakung satu tapak tangan.
Air tu berwarna jernih + coklat cair.
Cuak juga.
Btau encik suami pasal benda tu.
Dengan confident die kata, tak ada apa-apa.

10:15 pagi, di tempat kerja.
Keluar lendir + darah.
Tak banyak. sikit je.
Setiap kali kencing, keluar lendir + darah.
Ia berlarutan sampai malam .



Khamis || 21 July 2011
Bila kencing, masih keluar darah + lendir.
Tapi, tidak ada rasa sakit pinggang @ perut.
Cuma badan rasa sangat penat.


Jumaat || 22 July 2011
10:30 pagi, masih di tempat kerja.
Menyiapkan weekly report untuk di hantar ke bos.
Walaupun bos takde sampai hari Isnin depan.
Mama telefon pagi tu.
Bagitau dia kejadian hari rabu sampailah hari ini.
Mama cakap mungkin hari ini (jumaat) atau esok (Sabtu) kite beranak.
Hati berbunga gembira, sebab memang tak sabar nak tengok muka budak kecik yang dah duduk hampir 40 minggu dalam perut kiter ni.

2:45 petang, ofis mate tapaukan makanan.
Kami makan bertiga.
Masa ni lah dah start contraction selang sejam sekali.
But the contraction just last for a few second.
Cuma macam dah rasa masa untuk beranak dah nak dekat.

6:30 petang, siap-siap mandi.
Mengaji + solat maghrib.
Tak larat nak masak. Just minum air.
Semua penghuni kat dalam rumah tak balik.
Cuak sesangat.
Sebab contraction dah start 15 minutes interval from 8pm.
Semua tak dapat dihubungi.
Masa nih rasa marah + takot.
Tapi kite merilexkan diri dengan tengok cerita Sekali Lagi.
Pastuh update blog sambil mendengarkan bacaan AlQuran .

10:30 pm, adik baru balik.
Dia bawakkan Nasi Goreng paprik.
Kite makan tak habis.
Selera tak ada tapi paksa jugak makan.
Sebab macam dapat rasa kiter beranak esok pagi.
So, kena simpan tenaga.
Mama telefon tanya perkembangan semasa kite.
Kite cakap kat mama, sekarang dah contraction 10 minutes interval.
"Ma, nak kena tunggu contraction selang 5 minit ke baru nak g hospital ma?"
Mama, " Eh, jangan! pergi la sekarang. Kang terberanak dalam keta kang. Mama kat kopitiam kat JB ni"
Kite pun percaya. Tapi jauh di sudut hati dapat rasa mama on the way ke rumah kiter.
Sebab dengar bunyi kereta masa mama telefon. Yappeda!

11:30 mlm, Encik suami baru pulang dari kerja.
Kalau tak, die kena ke Melaka hari tu jugak atas urusan kerja.
Seb bek bos die bertimbang rasa.
Bagi die pulang ke rumah.
Encik suami makan makanan yang di tapau.


Sabtu || 23 July 2011
12:00 pagi , Btau suami kiter nak ke hospital lepas die makan.
Time nih contraction dah selang 10 minit.
Tup-tup, mama sampai!
Seeeee...... i told ya....
Mama memang suka buat suprise.
Kite bersiap-siap untuk ke hospital.
Mama + Abah + adik pun siap-siap.
Kami ke hospital 2 kereta.
On the way ke hospital,
contraction dah selang 5 minit.
Time contraction memang tak boleh bercakap langsung.
As in my previous post.
Rasa contraction macam isi perut kena tarik + pinggang macam nak patah.

12:45am, sampai PMC Sungai Buloh.
Register.
Terus masuk Labor Room.
Nurse check heart beat baby.
Mama abah datang kat Labor room sembunyi-sembunyi.
dorang wish good luck.



2
*Still 5 minutes interval contraction.

3
*Adam's heart beat.


4
*My motivater

1:30am, Nurse check bukaan rahim.
dah 4cm.

2:30am, nak ke tandas.
minta tolong encik suami papahkan.
Memang longlai sangat.
2x ke tandas.
Peluk encik suami sambil nangis kat dalam toilet.
contraction selang 3 minit rasanya time nih.
Sebab kejap-kejap sakit.

3:00 am, Encik husband tolong panggilkan nurse.
Nurse check bukaan rahim.
5CM dah time nih.
Encik husband mengaji kat sebelah.
Baca surah Mariam.
Sambil-sambil tu kite makan kurma + air zam-zam + baca doa nabi yunus masa dalam perut ikan paus.


5


3:35am, encik husband panggil nurse lagi.
Bukaan dah 7cm.
Masa ni , bila takde contraction, sempat terlelap.
Tapi bila contraction datang, mata terbeliak tengok lampu.
Memang masa tu rasa macam dah nazak.
Tangan suami kite genggam sampai melecet.
Encik husband cakap, "Takpe-takpe... genggamlah .."

4:25am, dah tak tertahan.
Mintak tolong husband panggil nurse.
Nurse check bukaan.
Dah 10cm dah.
Nurse prepare barang-barang sementara tunggu doctor datang.
Masa ni kite try control pernafasan.
Tarik nafas dalam-dalam, pastuh hembus perlahan-lahan sebaik mungkin.
Siap tanya nurse , " Nurse, ada petua nak kurangkan sakit x?"
Nurse tu balas sambil tersenyum , "Eh, takde... ubat adela..."
Aduh... kecewa...
kalau boleh kiter tak nak amik epidural.

4:55am, Doktor Ratna Datang.
Die senyum.
Sediakan position kite untuk push.
Bagi tips bila nak push.
Doktor kata, " Lydia, kalau ada rasa nak terberak, baru teran yea. Tarik nafas dalam-dalam. Pastuh teran habis-habisan."

5:00am, Kaki krem.
Proses push tergendala selama 10 minit.

5:10am , Start push.
Memula tak reti.
Nafas tak cukup.
Tiba-tiba, rasa nak terberak.
Tapi time teran tu terkeluar suara pulak.
Doktor tegur, "jangan keluar suara yea..simpan..nanti tenaga hilang."


5:30am,Lepas 2-3 kali push,
Alhamdulillah, Adam selamat Di lahirkan.
Bila nampak je Adam kat tangan doktor, leganya rasa.
Suara kegembiraan encik suami terngiang-ngiang di telinga " Anak kita Syg...Anak Kita.."
Tak putus-putus kite sebut " Ya Allah...Ya allah... Ya Allah...." lepas keluarkan Adam.
Lepas tu, kite gone~~~~~
Time doctor jahit, kite tidur + siap berdengkur kata encik suami.


6:50am.Tau-tau je,bila bangun,
Encik suami dah takde.
Mama abah datang cakap congratulation sambil tunjuk gambar Adam.
Mama cakap Adam ada lesung pipit.
Hehehehe...




Kesakitan bersalin tak habis di situ........
kesakitan itu berlarutan sehingga hari ini....
iaitu...
kesakitan berpantang...
woohoooo....
sakit sey satu badan....



7
*My first visitor. Terharu Amlya datang... Inilah first pertemuan kami. Selalunya chat dalam blog or FB jer.. eheheh... me kasih tau...


8
*Baby Niya yang gebus akibat BF dari mak die... Niya bam..bam...

12
*Yours truly... mai pekena rambutan sat......


i) Terima Kasih tak terhingga kepada Encik Suami menemankan Puan Isteri semasa proses bersalin hinggalah lahirnya ADAM. Jasamu Di kenang. I Love U (^_^)


ii) Kepada yang mendoakan supaya proses kelahiran kite dipermudahkan, Jutaan terima kasih di ucapkan. Doktor Ratna cakap, Proses bersalin kita agak cepat dan mudah for first timer yang melahirkan baby a.k.a lahirkan anak sulung.

8 comments:

Madam Amie said...

Hihihi..x tahan ayat 'gebu akibat BF' tuh... weeeeeee

Ayu said...

Aduh, rasa nak menitik air mata baca story ni. Mesti rasa terharu sgt dpt tgk anak sendri lepas brbulan2 bwk perut kan. Alhamdulillah semua selamat. Kuatkan semangat berpantang, all the best! : )

ChubbyMe said...

Tahniah kak lydia,...dah lama tak blog-walking, akak dah bersalin dah,..huhuhu,.... <3

Fatt said...

lydia,

tahniah! sy baru dpt bc entry ni lepas balik dr hol. sweet sgt entry ni, boleh rasa camne perjalanan u nak deliver Adam...one day i hope ur Adam will read this :)

pls email me ur add, i nak send something kat baby :)

backpackerbusuk@gmail.com

lydia said...

Assalammualaikum....

Amlya : Hehehe.. mesti sedap peluk niya...

Ayu : Terima kasih... penantian selama 9 bulan memang sangat-sangat berbaloi... (^_^). Tinggal nak lepaskan fasa berpantang je nih... wohooo..

Mashitah : Terima kasih... =)

Cik Fatt : Tenkiu..tenkiu!!
Rasa seronok bila mendokumenkan pasal kelahiran adam . Harap dapat mantainkan blog nih sampai bila2...

lydia said...

Cik Fatt : Oh ya, lupa pulak.. kite dah emailkan address kite kat gmail cik Fatt.

miesz eyeda said...

salam. . sis nk tnya. .brape ye cost deliver kat pmc. . :)

lydia said...

salam. kos rm1500 normal kalau xsilap. xtermasuk kalau nk epidural. 2 hari 1 mlm. bilik biase, 4 org 1 bilik.