Tuesday, April 22, 2014

Karbonara 20 minit siap.

Dalam masa 20 minit siap! kalo jenis husband boleh makan ape sahaja, bolehla cuba resepi ni bagi ibu-ibu yang sibuk dengan melayan anak & kemas rumah . Dah ade anak ni, semua nak cepat kan...hehehe.. Plus, anak-anak pun boleh join makan. Sebab tak pedas!
 

Bahan yang perlu di rebus :
Spagetthi/penne/angel hair/etc
(Kuah rebusan jangan buang. simpan sebab mahu guna untuk kuah)

Bahan untuk di tumis :
Bawang putih 4 ketul

Inti/ lauk dalam karbonara :
Ayam/Udang/salmon

Bahan Rempah lain :
Mixed herbs Mc Cormic
Basil dried
Thyme Dried
minyak bijan


Cara-cara:
Tumis bawang putih yang telah di ketuk sehingga bau wangi.
masukkan air rebusan spagetthi tadi .
Kacau sehingga rata sehingga 2 minit.
Masukkan Sos Prego Carbonara + mixed herbs + Basil + Thyme
kacau sehingga pekat.
masukkan spagetthi + 3 sudu minyak bijan.
gaul sehingga seminit.

Siap!! 

No comments: