Bahan-bahan yang perlu
1. Bawang Merah 2
2. Bawang Putih 5
3. Buah Keras
4. Lengkuas ( sebesar ibu jari )
5. Halia ( sebesar ibu jari )
6. Kunyit ( sebesar ibu jari )
7. Jintan Kasar 4 sudu ( Di goreng tanpa minyak )
8. Jintan Halus 4 sudu ( Di goreng tanpa minyak )
9. Ketumbar 5 sudu ( Di goreng tanpa minyak )
10. Serai 2 batang [tak nak blend pun tak ape. Ketuk aje pon boleh)
11. Kacang Tanah ( di goreng )
Bahan-bahan lain
1. Nasi impit
2. Daun ketumbar
3. Bawang goreng
4. Taugeh
5. Sambal kicap
6. Ayam (ikutlah berapa ketul nak letak)
7. Santan Kara 2 kotak
Cara-cara :
1. Panaskan minyak
2. Tumis bahan yang di kisar sehingga naik bau
3. masukkan ayam dan gaul sehingga mesra
4. Masukkan air sehingga kesemua ayam tenggelam
5. Masukkan 1 kiub ayam dan 2 sudu teh garam.
6. Tunggu sehingga ayam masak dalam 15-20 minit
7. Masukkan santan Kara 2 kotak. Gaul sehingga rata sehingga 5-7 minit.
SIAP !
Nak lagi sedap? Buat bergedil!
Senang je...
Resipi bergedil cara sihat saya :
1. Kentang kuning (pakistan) 8 - 10 biji di kukus 30 minit.
2. Tapiskan kentang dan sejukkan dalam air sejuk selama 5 minit
3. lenyekkan kentang dan taburkan 2-3 sudu lada hitam
4. Bentukkan kentang ikut bentuk suka hati. Bulat pon boleh/ petak pon boleh.
5. Grill bergedil di atas pemanggang ajaib.
6. Gambar bergedil seperti gambar di atas
No comments:
Post a Comment