Wednesday, April 14, 2010

MounT TrusMadi, Tambunan

Hari ketiga, bersamaan 3 April 2010, XPDC Trans Borneo Di mulakan dengan pendakian Gunung Trusmadi dahulu...
Dengan ucapan Bismillahirrahmanirrahim (dalam hati) pendakian di mulakan dengan langkah berhati2.. tak nak terlalu push sebab selepas pendakian Trusmadi, Pendakian Kinabalu pula menyusul... sejam pertama, pendakian berjalan dengan lancar.. sampai kemsait pertama (KEm Ali HAsan), kami semua berenti jap untuk menunggu rakan2 di belakang (iaitu aku dan husband..ehehehe..kot...tak berapa ingat la.. tapi kami memang sweaper..bersama beberapa orang rakan). Lima minit melepaskan lelah, perjalanan di teruskan sehinggalah kami berjumpa Kem Sulaiman pada pukul 12.30 tengahari. Di situ Kami Decide untuk lunch & solat di situ.. Setiap Check point yg kami berenti ader sumber air... Airnyer... MAaaaSya Allah.. sejjoooook da.... Lunch untuk hari tu ialah Mihun goreng yg digoreng oleh organizer, Fendi.

Perjalanan diteruskan sehinggalah kami sampai ke puncak keesokan harinya... banyak benda perlu di rahsiakan sepanjand dari Kem Sulaiman sampai la ke Puncak..mintak maaf, tak dapat cerita sebab dah kami semua satu group da sepakat untuk merahsiakan sahaja perjalanan dari Kem Sulaiman sampai ke Puncak. Dinner malam tu adalah --> Kari Sooh hoon,telur dadar & sambal sosej =)
. makanan utan... itu ajerla... aku pon ikut trip orang..kalo aku la yg buat trip, mau nyer malam tu makan tomyam sayur ngan ayam masakk kicap ker..isk..isk..isk...takper2...abaikan benda yg dah lepas.

Sepanjang perjalanan turun dari puncak, aku dan Si Dia sgt super hati2 ..jaga lutut.. sebab lusa kami nak kinabalu pulak...ala, bukannyer rushing sgt pon... Lagi sekilo meter nak sampai starting point, hujan pon turun dengan lebatnyer...isk..isk..isk...tak suke betol!! syg kasut ! walaupon kasut tu waterproof, tapi kasut tu tetap berlumpur...

Alhamdulillah, pukul 3 petang bersamaan 4 April 2010 aku dan Si Dia selamat tiba di starting point. Perjalanan keluar dari hutan menggunakan 4 wheel pulak mengambil masa sejam lebey dalam keadaan hujan dan aku pulak duduk bahagian yg tak berbumbung..aisy..sejoooooook....














[ Suhu time ni (kat puncak trusmadi) lebey kurang 13 darjah celcius.. pakai baju 3 lapis termasuk sweater ngan wind breaker..yayayayayaya.....]



































No comments: