Entah kenapa dari pagi,
rindu parents pulak.
Time atas motor dah terasa-rasa rindunya.
Orang kata,
Ikatan anak dengan mak memang sampai akhir hayat.
tak sampai sejam kat tempat kerja,mama dah call.
Aihh...
Trubat rasa rindu.
Tapi nak tanya caring2,mcm pelik pulak.
sebab kami family yang gila2..
jarang la sopan santun sangat.
yang pasti, mesti diiringi gelak ketawa dan usik-mengusik .
Haha.
Entah aper cerita lah Momok kesayangan gue itu.
Isk.
Rindunya mereka.
......................................................
Well, below is our dinner for today.
cubaan kali pertama ayam masak asam pedas menjadik!
Yeah!
*kobis+kacang panjang goreng di letak minyak bijan , agak pahit... =p
*Makan sampai meleleh air Hidung..ehehehe..ini semua gara-gara terlebih lada hitam! =p
Ini menu, mak yang bagi.
semalam bagai nak rak tanya,tapi tak buat.
ehehehe..kena bebel ngan mak.
mak kata "penat2 mak bagi resepi, korang tak buat.huh"
ehehehe.
makanya, kami selepas pulang dari kerja, terus menuju ke pasar malam putrajaya.
beli daun kesum bersama lengkuas.
tak ada 2 benda tu,
macam tak lengkap.
Ini dia resipi mak:
Yang perlu di blender:
Bawang merah
Bawang putih
Lengkuas sebesar ibu jari (ikut berapa banyak nak masak)
Halia sikit.
Lada kering (seeloknya rebus dulu utk kurangkan pedas)
lada hitam (ikut kepedasan yang korang nak)
Bahan-bahan lebur yang lain:
Daun kesum
Asam jawa
Ayam
1. Tumis bahan yang di blender dengan minyak panas.
2. tunggu sehingga naik minyak.
3. letak daun kesum + air asam jawa
4. letak ayam.
5. Masak sehingga naik minyak
6. Agak2 kering kuah tu, campur air sikit
Total masa untuk masak dari menumis sehingga naik minyak kira-kira 45 minit.
nak sedap lagi, tambah lagi 15 minit.
kasik ladanya tak pedas.
Ok!
Selamat mencuba!
2 comments:
lyd..my husband said...mcm mana la x meleleh air liuq... tgk gambar yg last sekali... :p
hehehe...kadang2, lauk paling simple lah yg paling sedap kan!
kuah dan nasik sahaja~~ =p
Post a Comment