Tuesday, December 7, 2010

#1 Gunung Datuk


Assalamualaikum.
Ok.
Kite sudah start boring.
I was just thinking, nak buat drama series , eh, bukan!
Catatan series of Mountain yang kite dah pernah pergi.
Kira macam Journal of My Mountain Trip.
Tujuan?
Bukan untuk riak. tapi kalau ada yang berfikir begitu, tidak mengapa .
Silakan. Anda ada hak.
Tapi yang sebetulnya, Kite tengah boring.
Fasa boring sebagai mother-t0-be (sebab tak dapat nak pergi panjat gunung), plus budget adalah punca utama. Yang keduanya, adalah untuk tatapan di hari tua. yelah kan. Dari terperap di rumah tengok tv, baiklah kite mencergaskan minda mengarang cerita, supaya baby dalam perut pun turut berfikir.
Ok. Lets start with my first trip.

Gunung pertama yang kite daki adalah:

-Ini jer gambar yang ada. Kami di pondok di puncak gunung.-

Gunung Datuk,Rembau, Negeri Sembilan
Ketinggian 885 meter/ 2900 Kaki
Febuari 2005.


This trip were organized by my super senior. Masa tu kite berada di tahun pertama di Universiti Putra Malaysia. And to be frank, I am so Excited. This trip is like a dream come true. Masa sekolah menengah dulu, kite AJK Rekreasi. But never given chance to participate in Mountain climbing trip. Kalau orang yang pandai-pandai kat sekolah atau sportswomen/man yang boleh participate. Kesian kan kite? They judge me by the surface je. Tapi nasib menyebelahi kite sebab kat UPM, i had the chance and senior-senior sangat mengalu-alukan untuk join. At first,i don't know why dorang beriya-iya. But when i'm in second year, semuanya sudah terbongkar.hahaha. I will explain it later.

Untuk trip first time nih, kite memang sangat-sangat zero. Tak tahu apa-apa. Senior-senior cuma pesan, bawa baju sepersalinan selama 2 hari dan sweater. Semua pakaian-pakaian itu hendaklah dibungkus dengan plastik supaya kalau hujan,baju tak basah. Time tu fikir, "wah, bijak betul senior-senior ni kan! tak terfikir pun nak balut dengan plastik". Sehari sebelum Trip itu, semua participant berkumpul ramai-ramai dekat dataran melur untuk pembahagian makanan dan pembungkusan makanan. Dataran melur terletak bersebelahan dengan hostel kite. So, senang la kite nak turun-naik ambil apa-apa barang kalau tak cukup.

Kalau tak silap, trip Gunung Datuk ni jatuh pada perayaan Tahun Baru Cina. Rasanya lah. Lagipun, masa ni belum guna camra digital. Pakai kodak je.So, pagi-pagi sebelum gerak, semua berkumpul dekat Dataran Melur, untuk buat double check-up. Manalah tau kalau-kalau ada yang kurang. Lebih kurang pukul 9 pagi gitu, kami semua gerak. Oh ya, Kalau tak silap, masa ni, Kite and Other Half baru jer lebih kurang 2 bulan 'couple'. Ehehe.... Cinta zaman universiti. Perjalanan ini, kami menggunakan transport sendiri. (Senior-senior punya kereta ler...apa lagi).Kalau tak silap, participant ada 13 orang agaknya. (Herm..kan dah lupa...baru berapa tahun.).

On the way ke Rembau tu, kami singgah di RnR untuk breakfast. Lepas sarapan, kami terus bertolak ke Kaki Gunung Datuk.Sampai je kat kaki gunung, terus buat strething. Ok, Honestly, banyak moment yang kite tak ingat.Wohooooo.......so, inilah inisiatif ,tulis blog.Agaknya lepas ni banyak lagi moment dah lupa.

Sepanjang perjalanan mendaki, memang pacak habis! Pheww~ . I think it almost 70 degree kecerunan sepanjang perjalanan. 2/3 perjalanan, kaki kite tergeliat. cramp. Ade sorang senior, nama die Along tolong urutkan. Haha. Malu. Malu sebab nampak lembik. Baru 2/3 perjalanan.
Kira-kira lagi 20 minit nak sampai puncak, tiba-tiba nampak Si Dia berlari turun. (Time ni Si Dia jalan paling depan. kononnya nak booking camp site). Kami dapat berita yang ada salah seorang participant kena patuk ular. Adehh... Si Dia dah telefon ambulans dah. Pinjam henfon salah seorang peserta dari group lain. Bincang punya bincang, kami decide untuk meneruskan perjalanan. Sebab, ade sorang kakak senior tu confident kawan kiteorang yang kena patuk ular tu, ok. just bengkak sikit jer. Tak serius sangat. Masa ni sangat kagum kat kakak tu. Macam manelah dier boleh tau kawan kiter yang kena patuk ular tu tak serius dier punya kecederaan tu. Kagum! Alasan dia "kalau korang pergi panjat gunung yang 5 hari perjalanan, takkan nak patah balik kan? " . Fuh, tu jer alasan dier. Tapi kite tau, dia ada knowledge . Apa pun, What i've learn from that moment, We must trust our teammates, no matter what. Kalau tak sepakat, susah lah kan!


Akhirnya, kami sampai di puncak pada pukul 5.30 petang. Suhu kat atas tu, perghhh... Sejuk melampau + ribut angin. Angin sangat kencang.Masa sampai kat puncak tu, ada satu pondok dan bekas bilik air (jamban) yang dah runtuh. Kabus. Masa tengah unpacked barang2 makanan tu, tibe2, ada batu sebesar batu-bata dalam bungkusan pakaian dalam! dalam hati rasa cuak. saper lah yang nak santaukan kite nih. Yang senior2 ni buat2 tak tau. buat-buat pelik. padahal......................... memang nak kenakan kite.

Malam tu, kalau tak silap, makan sup sayur kobis. Errghhh..pun tak ingat makan ape malam tu.
Adehh.. Esoknya pagi2, kami ke puncak batu. tempat kami tidur semalamnya, bukanlah puncak sebenar. Tapi hanya tempat campsite. Tapi jarak dari campsite ke puncak hanyalah 2/3 minit jer. haha. Siap kena panjat tangga yang diikat dengan tali pada batu besar. Angin sangat kencang.

Tengahari tu, lepas lunch, kami tukar campsite ke tempat yang lebih dalam sikit. menurut kata pendaki-pendaki evergreen, tempat campsite tu adalah laluan ke puncak sebenar. tapi tak terkenal sebab puncaknya hanya di kelilingi pokok-pokok tinggi.

Kami pulang keesokan harinya selepas sarapan pagi. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan turun, semuanya selamat. And that's how my first hiking trip went and i am so addicted to mountain hiking since then. Rasa nak panjat tiap-tiap minggu membuak-buak.




Ok, till then.
2nd trip Journal will arrive soon.
Toodle Loo~





3 comments:

Fatt said...

lydia, tulis je apa rasa nk tulis..ni blog kita sendiri kan..kdg2 niat kita nk share, bkn nk riak..tp bgus sbnrnya tulis balik catatan trip dlm blog sbb bleh abadikan kat ctu selain dlm gambar..i pun tgh nulis psl trip ni, asik tunda aje..malas gile..tp kene cpt2 tulis takut nti lupa..huhuhu...
apapun, kita takde peluang cam awk nk daki gunung..teringin tp mcm dah terlambat sgt nk mulakan..keep on blogging coz i read! :)

lydia said...

thanks for your advice bro. Betul cakap Bro. saya memang dah banyak lupe moment2 yang best. Terima kasih kerana follow blog kami ;-) (walaupun saya jerk yang banyak tulis..hehehehe..)

Fatt said...

lydia,
bukan bro la...hihihi..sister :)
sy suka bc pglmn awk mendaki ni sbb sy tak berpeluang buat gitu zmn kat U dulu..rugi sgt