Wednesday, December 8, 2010

#2 Gunung Nuang V1




Mount Nuang
1,493 metres (4,898 ft)
4-6 March 2005

After Trip Gunung Datuk, Trip Gunung Nuang pula menyusul. Trip ini di anjurkan untuk training Gunung Tahan pada bulan April 2005 which is preparation for climbing Mount Tahan.

Transportation untuk trip ini di taja sepenuhnya oleh pihak UPM atas sebab Trip Gunung Tahan adalah Trip anjuran kolej (bukan underground).Jadi, kami dapatlah subsidi dari UPM. So, jimat duit minyak di situ. Kami bertolak pada pukul 6 petang (4 Mac 2005) bagi group 2 , iaitu student yang habis kuliah pukul 5 petang. Dari UPM, kami ke kaki Gunung Nuang, di mana, kami lalui Kampung Pansoon dulu sebelum sampai renjer Gunung Nuang. sampai sana dalam maghrib rasanya. Malam tu kami bermalam di wakaf Gunung Nuang.
Nuang 4-6 March 2005
*Dinner



Malam tu tak ingat makan apa. Tapi, yang bestnya kite jumpe Anjing kaler putih di mana rata-rata pendaki yang selalu mendaki gunung Nuang menggelarkan anjing itu sebagai Putih. Putih ni unik! Dia hanya makan roti gardenia. tak makan sardin/ daging. Kebiasaannya, Putih akan guide saper2 pendaki yang ke puncak gunung. Putih akan start mendaki seawal pagi, dan turun dari puncak selewat mungkin. sampai pendaki terakhir turun, baru dier turun. Hebat kan??
Nuang 4-6 March 2005
*Si Putih


Keesokannya, selepas bersarapan, kami bertolak ke Kem Lolo, iaitu first campsite. Lolo ni kiranya tempat favourite para pendaki yang nak bermalam sebelum ke Puncak Nuang. Perjalanan dari Kaki Gunung ke Lolo, letih. ehehe.. second time lah katekan. plus, kali ni first time bawa haversack 45+10L Deuter. Pinjam senior punya. color biru. So, tak dapat tune lagi macam mana nak control nafas masa mendaki.

Nuang 4-6 March 2005
*Muka time nih hitam. hahaha. Perjalanan dari Renjer (kaki gunung) ke Kem Lolo.

Kira-kira dalam pukul 9 lebih gitu, kami semua tiba di Kem Lolo. Kami siap-siapkan makanan untuk ke makan Lunch di puncak. sebab nak naik puncak pada hari itu juga.Dalam pukul 10 lebih gitu, kami bertolak ke puncak. Tapi kami berhenti di Kem Pacat untuk lunch sebab dah lapar dah. Kem Pacat ni pun ada jugak orang camping kat sini. Tapi tak ramai sebab waterpoint dier jauh sangat. Plus, waterpoint kat situ di katakan tempat laluan Pak Belang. Wallahua'lam.

Nuang 4-6 March 2005
*Inilah team kite. setiap orang di bahagikan ikut group dan masak ikut group. Kami masak nasi goreng jer time ni.



Dari Kem Pacat ke Puncak, tak berapa pacak sangat compared to dari Kem Lolo ke Kem Pacat. Woohooo.. Kira-kira pukul 2 gitu, kami tiba di Puncak. borak-borak,masak megi,masak air,snap-snap gambar, kami turun balik ke Kem Lolo dalam pukul 3.40pm. Perjalanan turun dari Kem Pacat ke Kem Lolo sangat menguji Lutut. banyak break..break.phew.. Dalam pukul 6.30pm gitu, kami tiba di Kem Lolo . seronok sangat!

Nuang 4-6 March 2005
*Gambar di Puncak Nuang


Paling tak boleh lupa, group kite malam tu masak sardin pastuh bubuh telur dalam sardin. pelik tap sedap! hehehe. Malam sebelum tidur, group kite berkumpul untuk tanak nasi. masa ni tak reti nak masak nasi guna mess tin. Dah biasa masak pakai periuk elektrik. Jadilah nasi jelantah.wehehehehhe...


On the way turun ke Renjer (kaki gunung), kami sempat lepak jap kat Kem Jagung. Kem Jagung ni, kami yang bagi gelaran. Kalau tak silap, time nih tengah lapar. So kebetulan time nih kawan kite ada lebihan jagung rebus. ehehe. ngada-ngada nak makan jap . Padahal lagi 15 minit jer nak sampai Renjer. (^_^)

Nuang 4-6 March 2005
*Kem Jagung



Nuang 4-6 March 2005
*Aktiviti wajib selepas balik mendaki. Cuci-cuci services. ehehe.


Alhamdulillah, kami selamat tiba di renjer dengan selamat.
Overall, trip ni sangat best!
.....................


Pssttt, tak reti lagi nak mengolah journal hiking dalam english. Tapi, one day, kite akan cuba. hehe. Maaflah, cerita agak tergantung. sebab sambil mengarang sambil tengok cerita Susuk.













5 comments:

Fatt said...

si putih ni mcm sekor anjing yg suka follow trekker kat bukit tabur..setakat ni i penah naik bukit tabur je..tp smpai 1st peak sbb kene balik awal. masa daki gunung ni ada tak kejadian mistik jadi kat korang?
u tulis je dlm bm, lg senang..i dah termula 1st entry trip tu dlm english dah susah nak tukar dlm bm sbb nti tak seragam..pasni tulis dlm bm balik sbb lg sedap

Apizolla said...

yerp.... kami pon penah terjumpa anjing warna coklat tu time panjat bukit tabur.. actually anjing tu ada tua.. malay guy yg duduk kt kaki bukit tabur n dia pon ada blog

ni blog dia :

http://kucing2terbiar.blogspot.com/

Apizolla said...

n kalo xsilap. nama anjing tu lucky~

lydia said...

herm..betul jugak kan..bukan ape, takut aper yang nak di expresskan dari hati tak sampai. mungkin juga btw, thanks for your advice.
kalau kejadian mistik, tak ader kat nuang nih. so far tak pernah lagi...eheh..cuma binatang yang nama die ungka. bising gila. kalau kita ajuk bunyi die, die lawan balik... even kadang2 boleh sampai half an hour main berbalas-balas bunyi..ehehe

lydia said...

Bro, kalau u nak g nuang ni next time, kami boleh bawa! serious!! its our pleasure... kalau ada kesempatan, mungkin nak cuba pula naik gunung nuang, tapi decsending kat Janda Baik. (^__^)